Pengalaman Walk-in Ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Betong, Sarawak | Hah! Panjang kan tajuk. Tapi itulah kenyataan yang Fiza nak share di sini, bagaimana boleh dapat walk-in vaksinasi sedangkan dah lama mendaftar di MySejahtera.

Kronologinya...

Fiza dah daftar di MySejahtera pada 27 Mei 2021, tapi masa tu takde lagi assessment untuk breastfeading mom. Jadi, bulan 6 Fiza update balik aplikasi MySejahtera Fiza. Alhamdulillah, dapat temujanji pertama di Dewan Dinner World, Bintulu pada 23 Jun 2021. Tapi sayang jauh dari tempat tinggal Fiza. Fiza terpaksa tolak temujanji tersebut. Sebulan jugaklah menunggu dan boleh dikatakan setiap hari Fiza refresh MySejahtera, sebab ada yang claim... Kalau selalu update MySejahtera, akan dapat tarikh temujanji dengan cepat. Sampai hujung bulan 7 pun... Masih takde khabar berita. Family Fiza semua dah lengkap 2 dose. Tinggal Fiza sorang je yang belum.

Maklumat
Sumber dari Facebook Betongkini

25 Julai, Fiza nampak ada friendlist FB yang share... Di mana boleh datang terus untuk dapatkan vaksin di PPV Betong. Bila dapat tahu boleh walk-in, Fiza pun cubalah nasib call PPV Betong. Alhamdulillah, boleh je datang terus walaupun tengah menunggu tarikh temujanji dari aplikasi MySejahtera. Apa yang penting, masa hadir ke PPV kenalah bawa Kad Pengenalan, kad kesihatan sekiranya ada sebarang masalah kesihatan dan juga pen.

Jadi Fiza kena datang ke PPV Betong pada 31 Julai 2021 jam 2:30 petang... Sebab slot walk-in bermula jam 2:30 petang. Pada hari kejadian, memandangkan Nur Dhia direct feeding... Jadi, Fiza angkut sekali dia dan kakak-kakaknya. Bagi makan dan menyusu, then bekalkan je biskut dan air kosong. Encik suami la yang ambik tugas jaga dorang dalam kereta. Sejam lebih jugaklah menunggu. Nasib baik, Nur Dhia ok je. Ayah dia bagitau... Lansung tak nangis. Tapi, nampak je Fiza masuk kereta terus je menyusu. Anak terus menyusu selepas divaksin, ada kesan tak?

Sabar ye... Fiza cerita satu-satu. Hehe...

Pada hari kejadian, seawal jam 1 petang kami gerak dari rumah. Sampai di PPV Betong, ternyata dah ramai yang mendaftar. Setelah check-in MySejahtera dan check suhu, kena daftar dulu untuk ambik nombor pendaftaran. Kemudian, kena tunggu di ruangan menunggu. Nanti akan ada sukarelawan panggil nombor pendaftaran. Fiza dapat nombor ke-97. Setengah jam jugaklah menunggu. Masa menunggu pun sempat call encik suami untuk bertanyakan pasal Nur Dhia. Dia nangis ke tak? Mana tak risau, setahun 4 bulan dah usianya... Mana pernah berenggang dengan Fiza.

Tak lama selepas call encik suami, nombor giliran Fiza kena panggil. Sebelum masuk, sekali lagi IC dan nombor pendaftaran disemak oleh petugas di pintu masuk. Kemudian, kita akan dibawa ke kaunter pendaftaran untuk tujuan mengemaskini aplikasi MySejahtera kita. Settle je, terus dibawa ke kaunter assesment doktor ataupun Pembantu perubatan. Kat situ kita akan disoal tentang kesihatan terkini kita, ada penyakit serius ke tak, pernah kena kuarantin ke tak, pernah kena Convid ke tak dan juga status kita, samada ibu hamil atau menyusukan anak. Kita akan diberikan satu borang yang mana kita kena tandatangan sebagai tanda setuju untuk diberi vaksinasi. Last sekali, mereka akan terangkan jenis vaksin yang akan kita terima dan apakah langkah-langkah yang perlu kita ambil sekiranya mengalami kesan sampingan yang serius selepas menerima suntikan.

Setelah selesai, kita akan dibawa ke ruangan menunggu untuk disuntik. Tak lama menunggu terus kena panggil. Dah selesai kena suntik, menunggu pula di ruangan pemerhatian. Kat situ nanti, sekiranya kita mengalami sebarang gejala seperti pening, jantung berdegup laju ke... Terus bagitau petugas untuk dipantau. Lepas 15 minit kalau takde apa-apa terus boleh balik. Sebelum balik, seorang petugas akan berikan kad temujanji untuk dos kedua. 

PPV

Bila bersurai, Fiza pun bergegas keluar. Malas dah nak ke bahagian tempat ambik gambar. Tak penting, lagipun ramai sangat yang menunggu. Kemudian, dengan variant Delta makin mengganas... Baik tak payah. Lagi pun, tak wajib. Kan?

Apa-apa pun, PPV Betong memang terbaik. Semuanya berjalan lancar dan layanan pun tiptop. Syukur... Itu pun rezeki. Yelah! Pernah jugaklah baca pengalaman orang lain ambik vaksin di beberapa buah PPV. Siap kena marah lagi. Tapi, Fiza tak nak ulas bab tu. Kita, kalau tak berada di tempat kejadian, tak perlula nak ulas. Kekadang ada cerita ditokok tambah. Nanti, jatuh fitnah pulak, tak pasal-pasal dapat dosa free. Kan?

DAPAT VAKSIN PFIZER BIONTECH DAN KESAN SAMPINGANNYA UNTUK DOS PERTAMA

Alhamdulillah, Fiza dapat vaksin Pfizer Biontech untuk #firstdose. In Shaa Allah akan lengkap dose kedua pada 21 Ogos 2021 nanti. Harini merupakan hari ke-7 selepas divaksin Pfizer, Alhamdulillah Fiza tidak mengalami sebarang alahan kecuali berasa sengal di tempat suntikan. Itu pun hilang selepas sehari.

Bagaimana pula dengan anak menyusu? Adakah tidak dibenarkan menyusu? Atau anak pun mengalami alahan setelah menyusu ibu yang telah divaksin?

Vaksin adalah usaha, selebihnya kita kena tawakal. Tak sampai sejam pun lepas vaksin, masuk kereta... Nur Dhia merengek nak susu. So far, Fiza bagi je direct feeding. Alhamdulillah, dia pun takde alahan... Tapi dalam masa seminggu ni, dia kuat makan dan menyusu pulak jadinya... Haha...

Adakah vaksin Pfizer membuatkan dia bernafsu untuk makan?. Wallahualam. Apa yang pasti, semuanya berjalan dengan lancar. Semoga urusan untuk dos kedua jugak dipermudahkan hendaknya. Aamiin...

Jadi, selesai sudah pengalaman Fiza mengambil vaksin. Letak di sini sebagai lipatan sejarah tahun kedua kita masih lagi dilanda pandemik corona virus.

Dengar cerita menjelang penghujung Ogos, Sarawak akan mencapai imuniti kelompok. Fiza doakan semoga semuanya dipermudahkan dan mudah-mudahan Malaysia dapat keluar dari wabak ini secepat yang mungkin. Aamiin...

#Pfizer
#PengalamanVaksinasi