Dealova, judul drama terbaru Malaysia yang akan bersiaran di TV AlHijrah saluran 114 di Astro, Unifi TV atau MyFreeview di dalam slot Kesuma pada Ahad, 15 Ogos jam 9 malam.

Slot Kesuma merupakan slot khas buat penggemar telefilem tempatan dan antarabangsa.

Selain itu, drama arahan Faliq Sharif dan di bawah krew produksi Jurangan Kaya Sdn Bhd ini juga turut menampilkan para pelakon seperti Ikmal Amry, Puspa Wangi dan Nazzaty Rusli.

Drama TV AlHijrah

SINOPSIS DEALOVA

Telefilem ini mengisahkan tentang Juwita dan Faliq. Mereka merupakah pasangan kekasih yang bercinta dari zaman sekolah. Namun, cinta mereka juga menghadapi konflik. Apakah konflik cinta tiga segi yang bakal mereka lalui? Siapakah yang menjadi penghalang dan adakah cinta mereka kembali bersatu?

Untuk mengetahui kisah disebalik telefilem ini, kenalah tunggu waktu siarannya pada malam esok, jam 9 malam di slot kesuma TV AlHijrah saluran 114 di Astro, Unifi TV atau MyFreeview.

Selamat menonton yeah!

#DramaTVAlhijrah
#Dealova