Daftar Vaksinasi Di MySejahtera Untuk Ibu Menyusukan Anak

Daftar Vaksinasi 2021 | Alhamdulillah, Fiza dah pun berjaya mendaftar untuk mendapatkan vaksinasi pada 27 Mei 2021. Tapi masa tu sistem MySejahtera takde lagi assessment untuk ibu hamil dan menyusukan anak.

Walaubagaimana pun, sejak semalam lagi Fiza dah check status sebab dari minggu lepas lagi dapat info yang aplikasi akan di kemaskini untuk membolehkan ibu hamil dan menyusukan anak membuat pendaftaran vaksinasi.

Alhamdulillah, ternyata sistem telah pun dikemaskini.

Senang je! Sekiranya kita dah lama mendaftar, kita cuma perlu kemaskini status sahaja. Nanti akan keluar seperti gambar di bawah. Kemudian, klik pada update pregnancy/breastfeeding status.

MySejahtera


Kemudian, akan keluar 2 soalan seperti berikut. Jawab mengikut status kita sekarang.

MySejahtera

Dah! Selesai. 

Semoga urusan Fiza untuk vaksinasi nanti dipermudahkan hendaknya. Aamiin...

Cuma tu la risau,  Nur Dhia direct feeding. Rasanya, nanti masa vaksinasi memang nak kena angkut sekali, tunggu dalam kereta dan mintak suami tolong jagakan. Bagi makan menyusu siap-siap. Huhu... Sejenis anak yang tak boleh nak berenggang.

Dengar cerita, Sarawak dijangka tamat program vaksinasi pada bulan Ogos. Harap-harap begitulah ye. Jangan nanti, ada yang dah daftar tapi tak datang pulak. Kan?

Pengalaman Menerima Vaksin Sinovac

Encik suami pulak dah selesai untuk dos pertama vaksinasi. In Shaa Allah, akan ambil dos kedua pada 17 Jun 2021 nanti. Dia dapat vaksin Sinovac. 

Alhamdulillah, dia lansung takde mengalami sebarang kesan sampingan. Sebelum datang untuk vaksinasi, adik dah pesan siap-siap. Banyak minum air kosong dan banyakkan rehat. 

Korang pulak, dah daftar tak?

#Covid19
#Vaksinasi
#Sinovac

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Alhamdulillah... semoga dipermudahkan mem

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks mem. Semoga urusan kita sama² dipermudahkan. Aamiin...

      Padam
  2. Wak pun dah daftar
    Tengah tunggu giliran

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Semoga semuanya berjalan dengan lancar Dan dipermudahkan wak. Aamiin...

      Padam
  3. Kena selalu check kan kak fiza, sebab dia macam update sikit sikit assessment tu huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la... Kena juga check selalu. Kalau jarang check takut pulak terlepas tarikh. Tapi, kalau kat tempat akak... Masa suami akak dapat vaksin haritu, dorang call beritahu tarikh temujanji terlebih dahulu.

      Lepas dapat dos pertama, dorang bagi tarikh siap-siap untuk dos kedua.

      Padam
  4. alhamdulilah, kamek alu sikda kabar berita tok, hari2 ngecek alu blm ada juak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yalah mem, kedak adik kamek juak. Belum gik dapat tarikh. Harap-harap dapat awal lah owh.

      Padam
  5. haritu x sempat daftar..semua da xde kosong. sedih betul. kene tggu batch akn datang

    BalasPadam

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com