Jejari Kentang Untuk Bayi, merupakan salah satu resepi berasaskan kentang yang menjadi viral beberapa bulan lepas di media sosial. Resepinya hanya perlu digoreng, sangat mudah dan senang untuk disediakan. Boleh ajak anak-anak buat dan tolong bentukkan jejari kentang ni sama-sama untuk isi masa lapang mereka. Al-maklumlah, kita masih lagi dalam fasa Perintah kawalan Pergerakan. Fiza pasti anak-anak mesti suka. Kan?

Kemudian, ianya juga sangat sesuai untuk dijadikan sebagai menu sarapan pagi untuk bayi berusia 8 bulan ke atas. Cumanya bila kita nak makan sekali, kenalah asingkan bahagian bayi dan kita. Bahagian kita bolehla ditambahkan dengan secukup rasa Maggie.

Resepi mudah

RESEPI JEJARI KENTANG UNTUK BAYI

Jadi, Fiza nak share jugaklah resepinya di sini. Pertama, apa yang penting kita kena sediakan bahan yang diperlukan terlebih dahulu.

Bahan-bahan:

3 biji Kentang
5 sudu tepung jagung
1 sudu tepung beras
Daun sederi - hiris halus
Sedikit Lada
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuat :-
  1. Kentang hendaklah di rebus atau kukus. Kemudian  dilenyekkan...
  2. Gaul semua bahan. Masukkan daun saderi dan sedikit lada.
  3. Uli sampai jadi doh. Biarkan seketika.
  4. Golong-golongkan seperti jari. Jangan nipis sangat ye. Kemudian, bolehlah digoreng hingga kekuningan.
Sangat mudah.

5 KHASIAT KENTANG UNTUK BAYI

Kemudian, apa yang penting kentang jugak mengandungi khasiatnya yang tersendiri kepada bayi. Antaranya :-

1. KAYA DENGAN PELBAGAI NUTRIEN SEMULAJADI
Kentang kaya dengan pelbagai sumber nutrien semulajadi. Menurut Healthline.com, 100gram kentang beserta kulitnya mengandungi nutrien berikut:

Kalori: 161
Lemak: 0.2 grams
Protein: 4.3 grams
Karbohidrat: 36.6 grams
Serat: 3.8 grams
Vitamin C: 28% daripada kadar pengambilan harian
Vitamin B6: 27% daripada kadar pengambilan harian
Potasium: 26% daripada kadar pengambilan harian
Mangan: 19% daripada kadar pengambilan harian
Magnesium: 12% daripada kadar pengambilan harian
Fosforus: 12% daripada kadar pengambilan harian
Niasin: 12% daripada kadar pengambilan harian

2. BAIK UNTUK PENCERNAAN
Selain buah-buahan, mungkin ramai tak tahu bahawa kentang juga memiliki kandungan serat yang tinggi. Serat yang tinggi baik bagi bayi agar pencernaannya tetap lancar dan sihat.

3. MEMBANTU SISTEM IMUNITI BADAN
Kentang kaya dengan antioksidan, beta-karoten, vitamin C, vitamin B kompleks, besi dan fosforus.Pelbagai jenis vitamin ini diperlukan tubuh untuk melindungi diri dari kuman penyebab penyakit. Selain itu, vitamin B juga baik bagi perkembangan saraf bayi

4. MENGENYANGKAN & MEMBERI TENAGA
Berdasarkan kajian, kentang adalah antara makanan yang paling mengenyangkan. Ia juga menyumbangkan sumber tenaga yang baik untuk bayi. Oleh sebab itu, ia sesuai untuk membantu bayi mencapai berat badan ideal.

5. BAGUS UNTUK KESIHATAN TULANG
Zat besi, fosforus, kalsium magnesium dan zink yang terkandung dalam kentang membantu bayi untuk membina serta mengekalkan struktur tulang yang kuat. Selain itu, zat besi dan zink juga berperanan dalam memproduksikan dan mematangkan kolagen dalam tubuh.

Actually, Fiza selalu buatkan untuk Nur Dhia. Biasalah budak-budak. Ada hari mereka lansung tak nak makan nasi. Jadi, disebabkan tak nak dia berlapar. Kenalah cari resepi yang berkhasiat dan mengenyangkan. Kan? Ternampak pulak resepi ni di Facebook. Tak sangka pulak Nur Dhia suka makan. Nanti bolehla repeat buat. Serius! Sedap.... Bila cecah dengan sos dan mayonis.

Korang dah try tak, buat jejari kentang ni?

#ResepiViral
#JejariKentangGoreng