Assalamualaikum,
Selamat petang.
BLOG KENA BLOCKED | Semalam tanggal 5 Ogos 2026, Fiza dapat notifikasi email dari teams blogger… Di mana pemberitahuan tentang blog Fiza kena blocked. Sepanjang 15 tahun menulis blog, nilah first time blog Fiza kena blocked. Pada mulanya terkedu, tak tahu nak kata apa. Macam tak percaya pun ada. Sayang! hanya itu perkataan yang terlintas di otak. Bukan pasal sayangkan Adsense, tak… Tapi tentang cerita yang pernah Fiza share di sini. Bayangkan 15 tahun jadi blogger, berapa banyak dah cerita yang Fiza share di sini. Mestilah sayang kan. Namun, kalau Allah dah berkehendak. Siapa kita untuk menidakkannya. Betul tak?
Walaubagaimana pun, selagi ada peluang untuk dapatkan balik blog Fiza. Fiza cuba sedaya upaya. Apa yang Fiza buat, first steps tanya Chatgpt. Sama seperti teams blogger suruh buat… Iaitu buat rayuan untuk disemak semula… Adakah blog ni memang ada melakukan pelanggaran community guideline. Before buat rayuan untuk disemak, Fiza google la jugak semalam… Kot-kot ada rakan blogger yang share pengalaman mereka tentang masalah yang sama. Alih-alih jumpa blogpost yang blogger Notie post. Rupa-rupanya ramai jugak yang kena removed semalam macam Fiza. Hurmmm… Ada geng rupanya. So, lepas buat rayuan… Fiza abaikan.
Ramai yang kata blogspot sekarang tengah bermasalah. Sejauh mana kebenarannya. Wallahu’alam… Tapi kan, sebelum benda ni berlaku. Fiza perasan la jugak yang views harian blog Fiza mencanak naik sampai puluhan ribu sehari. Macam ada something wrong je. Rupanya memang betul. Hurmmm… Harap tak berulanglah yea.
Alhamdulillah…



8 Comments
Oh sampai 2x ye dia removed. Memang risau la kita sayang blog dah bina lama. Nak buat semula tu memang penat juga. Cie pun kena jugak 5hb pagi, malam dah dapat semula. Harap tak berulang.
ReplyDeleteHa'ah Cie, Fiza 2 Kali kena removed. Nasib baik dapat balik. Harap takde dah kena removed.
DeleteSeram jugak dengar ni.. ejulz adsense tak settle2 lagi.. tak pandai nak buat rayuan..
ReplyDeleteTula. Insya Allah nanti saya buat blogpost pengalaman buat rayuan adsense yeah.
DeleteMoga tak berulang lagi..cemas sangat bila berlaku.. walaupun tak terjadi pada diri tapi tetap faham perasaan itu.
ReplyDeleteAamiin... Mudah-mudahan hendaknya. 🫢
Deletebahaya pula kalau macam ni. dia mudah2 je removekan blog kita.
ReplyDeleteAlhamdulillah boleh dapat balik. kena backup selalu blog kita kalau gini gayanya.
Kan! Dahla Fiza tak pernah buat backup. Nasib bait dapat balik. Alhamdulillah...
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.