Assalamualaikum,
Selamat Petang.
Rayuan Semakan Permohonan Google Adsense | Dalam blogpost Fiza berjudul ‘Blog kena removed’, Ejulz salah seorang rakan blogger yang ada komen… Katanya tak reti nak buat rayuan AdSense. Actually, Fiza pun tak reti sangat… Tapi best on pengalaman Fiza. Insya Allah, mana tahu boleh bantu sedikit.
Dulu dalam tahun 2016, Fiza pernah mohon AdSense dan dukacitanya permohonan kali pertama Fiza ditolak. Kenapa? Antara alasan yang mungkin menjadi penyebab mengapa google AdSense ditolak pada masa tu adalah seperti berikut :-
- Domain terlalu baharu atau kandungan terlalu sedikit - Blog belum mempunyai kandungan yang mencukupi untuk dinilai. Yes! Fiza akui. Masa tu tak banyak lagi. Malah sampai sekarang pun… Dah 15 tahun menulis blog, bilangan blogpost still tak mencecah 3K. Secara kebetulan, blogpost ni adalah yang ke 3000. Kebetulan betul ek! 🫢
- Laman masih belum lengkap - Tiada halaman penting seperti About, Contact, Privacy Policy atau navigasi yang jelas. Masa tu tak reti lagi. Lepas di reject terus ubah template blog. Then, baru lulus AdSense.
- Kandungan melanggar polisi - Mengandungi bahan berhak cipta, kandungan dewasa, perjudian atau kandungan lain yang tidak mematuhi dasar google. So, masa tu memang Fiza check satu-satu blogpost. Mana-mana yang rasa macam melanggar polisi tu, Fiza terus delete.
- Masalah teknikal - Laman sukar diakses, banyak ralat, terlalu perlahan atau terdapat pautan rosak. Part ni kena check performance blog. Kalau ada broken link, kena buang satu-satu. So agak leceh la. Tapi berbaloi bila dah dapat AdSense.
- Download - Masa tu suka betul download cerita, lepas tu letak di blog. So, kiranya tidak dibenarkan. Nak atau tak, wajib delete.
Tu antara sebab kenapa AdSense Fiza ditolak... Lepas ditolak Fiza terus buat rombakan. Al-maklumlah, semangat masa tu berkobar-kobar bila tengok ramai blogger yang dapat AdSense. 😂 Dah settle semua… Try buat rayuan. boleh tengok contoh email di bawah yea. Mana tahu boleh jadi panduan untuk Ejulz buat rayuan. Try tau. Dapat nanti jangan lupa share di blog.
Good luck Ejulz… Semoga boleh membantu awak.




0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.