Assalamualaikum,
Selamat Pagi.
Puteri Rahma, Contoh Bacaan Nilam | Si bongsu next year dah darjah 1. Alhamdulillah, target tahun lepas… Tahun ni, bulan enam mesti dah lancar membaca tercapai. Semalam masa hari permuafakatan pun, Cikgu komen adik dah mencapai standard. Mudah-mudahan next year darjah 1 takde masalah lah hendaknya. Tips dari Fiza kena buat peraturan 1 hari 1 buku. Baca bila-bila masa anak nak… Reward dapat extra hari main phone bila tak culas baca buku. Sebelum ni Sabtu Ahad je boleh main. Now, petang Jumaat dah boleh main… Tapi terhadla ye! takde maknanya nak main berejam. Fiza buat peraturan kat anak-anak. kalau langgar, maaf cakap hp memang Fiza ambil terus. So, Sehari hanya boleh sejam je main. So far, setakat ni takde masalah. Anak-anak suka rutin. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan Fiza buat rutin untuk anak-anak.
Ok, berbalik pasal buku cerita tersebut. Actually, ianya di datangkan dalam 10 buah buku dalam koleksi puteri berbeza. Dwibahasa, so kelebihannya anak senang nak faham. Ada 24 mukasurat. Kemudian, buku ini juga berfokus suku kata. So, sesuaila untuk anak-anak yang baru nak pandai membaca. Di tempat Fiza ianya dijual dengan harga RM2.99. Murah kan. Boleh la beli buat koleksi buku bacaan nilam anak-anak prasekolah dan tahap 1 kelas perdana.
Sinopsis Puteri Rahma
Secara ringkasnya, buku ini mengisahkan tentang Puteri Rahma yang pada mulanya seorang yang tidak peramah apabila berjumpa dengan Naura, yang mana akhirnya membuatkan Naura mendiamkan diri ketika berjumpa dengan Puteri Rahma.
Dari situ, Puteri Rahma merasai sikap Naura yang berbeza. Puteri Rahma pun terfikir adakah Naura bersikap demikian disebabkan sikapnya yang tidak ramah pada Naura sebelumnya. Puteri Rahma mendekati Naura ketika makan malam dan mereka berbual dengan mesra. Dari situ mereka akhirnya menjadi akrab.
Moral/Pengajaran
Sikap peramah adalah sikap yang baik dan disukai orang, maka jadilah individu yang sopan dan peramah. Kelebihannya, kita akan dapat ramai kawan.
So, Fiza rasa blogpost kali ni stop di sini dulu. Insya Allah, di lain waktu… Fiza akan reviews lagi contoh buku untuk bacaan nilam bagi budak darjah 1 sampai 3. Okeh! Have a nice day semua ✌️




0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.