Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

SENTUHAN NAJWA, SINOPSIS DAN PELAKON DRAMA | Siapa suka layan drama Melayu jam 9 malam di slot Lestary TV3, setiap Rabu hingga Sabtu... Terbaru, drama yang bakal menggantikan drama Adakah Engkau Menungguku adalah drama Sentuhan Najwa yang mana telah pun mulai bersiaran semalam. Drama lakonan Afifah Nasir, Alif Muhaimin dan Ryry Ryun ini juga akan bersiaran selama 13 episod. Berikut adalah ringkasan info mengenai drama ini. Antaranya :-

Drama TV3

Episod : 13
Tarikh Tayangan : 26 Oktober 2022
Waktu Siaran : Rabu-Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian : Lestary TV3 / Disney+ Hotstar
Penulis Skrip : Aizad Zaidi
Pengarah : Shuhaimi Zulkefli
Produksi : Nuansa Sdn Bhd

WATAK PELAKON

Selain itu, berikut pula adalah watak yang dipegang oleh setiap pelakon. Antaranya :-
  1. Afifah Nasir sebagai Najwa
  2. Ryun Ryry sebagai Raihana
  3. Alif Muhaimin sebagai Arman
  4. Faiz Izzat sebagai Yazi
  5. Jasper Supayah sebagai Easther
  6. Aleza Shadan sebagai Mak Jenab
  7. Zila Bakarin sebagai Datin Kamala
  8. Roy Azman sebagai Datuk Marzuki
  9. Ako Mustapha sebagai Zakaria
  10. Zack Zabhas sebagai Judi
  11. Zul Helmy sebagai Redz
  12. Ady Mohammad sebagai Damier
  13. Sri Idrina sebagai Mia
  14. Zati Nizam sebagai Rin
  15. Ayu Ayuni sebagai Tami

SINOPSIS SENTUHAN NAJWA TV3

Drama ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Najwa yang menghidap HIV positif sejak dari lahir. Najwa (Afifah Nasir) yang telah kematian ibu dah ayahnya sejak kelahirannya telah dijaga oleh ibu saudaranya iaitu Mak Jenab (Aleza Shadan) dengan penuh kasih sayang. Najwa sering menjadi bahan hinaan Raihana (Ryry Ryun) kerana kemiskinan dan juga penyakit dihadapinya. Namun, Najwa selalu dijaga oleh ketua pengawas iaitu Arman (Alif Muhaimin) yang mempunyai perasaan terhadapnya.

Selepas mendapat keputusan yang baik dalam SPM, Najwa meneruskan pengajiannya. Namun nasib malang tak dapat dihindarkan, apabila Najwa mendapat tahu bahawa Raihana adalah rakan sebiliknya di kolej. Tanpa disangka, Arman juga turut melanjutkan pelajarannya di kolej yang sama dengan Najwa dan Raihana.

Sesetengah manusia tidak pernah senang melihat kejayaan orang lain seperti Raihana yang masih meneruskan tabiat lamanya yang selalu mendiskriminasi Najwa tentang penyakit yang dialaminya sejak lahir itu. Dapatkah Najwa menempuh segala badai ujian yang mencabar dalam kehidupannya?

Nak tahu kesudahan jalan ceritanya, nantikan waktu siarannya bermula 26 Oktober setiap Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my

Selamat menonton semua.

#dramatv3
#slotlestary
#sentuhannajwa