Assalamualaikum,
Selamat Petang.

WANITA MILIK TUAN PUTRA, SINOPSIS DAN PELAKON DRAMA | Merupakan drama Melayu terbaru jam 7 malam di TV3 dalam slot Akasia, bagi menggantikan drama sekali lagi cinta kembali. Ia juga merupakan drama adaptasi novel Wanita Milik Tuan Putra karya Aunie Ayunie, lakonan Hisyam Hamid, Intan Najuwa dan Sherry Ibrahim. Berikut adalah info ringkas mengenai drama ini :-

Episod : 28
Tarikh Tayangan : 21 Oktober 2022
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian : Akasia TV3
Pengarah : Shuhaimi Zulkefli
Produksi : OrangeTree Production Sdn Bhd
Pelakon : Hisyam Hamid, Intan Najuwa, Sherry Ibrahim, Syazuwan Hassan, Hafidz Roshdi, Khaty Azian, Kuza, Aznah Hamid, Tengku Tieya dan Zara Delisha

Drama tv3

WATAK PELAKON

Selain itu, berikut pula adalah watak yang dipegang oleh pelakon dalam drama ni. Antaranya :-
  1. Hisyam Hamid sebagai Tuan Putra Anaqi
  2. Intan Najuwa sebagai Bunga Zinnirah
  3. Sherry Ibrahim sebagai Tengku Tania


SINOPSIS WANITA MILIK TUAN PUTRA

Ia mengisahkan tentang Bunga (Intan Najuwa) yang telah dihalau keluar oleh bapa angkatnya, Dato’ Azka apabila mendapati Bunga bersama lelaki lain di dalam bilik! Bunga tiada tempat untuk berteduh. Namun, dengan bantuan Tuan Putra (Hisyam Hamid), Bunga dapat menumpang di rumahnya bersama pembantu rumah iaitu, Mak Jah dan Pak Jais.

Insiden yang berlaku kepada Bunga membuatkan Putra berasa simpati membuat dirinya akur untuk berkahwin dengan Bunga atas desakan Dato’ Azka. Di mana ada cinta, di situ ada benci. Tania (Sherry Ibrahim), kakak tiri kepada Putra tidak merestui perkahwinan mereka kerana sudah lama menyimpan perasaan terhadap Putra.

Lama kelamaan, hubungan mereka semakin erat dan Putra mula menyedari bahawa cintanya terhadap Bunga semakin mekar. Adakah sesuatu bakal mengancam hubungan mereka? Atau cinta mereka dapat dipertahankan hingga akhir hayat?

Nak tahu kisahnya, Jangan lupa untuk menyaksikan Wanita Milik Tuan Putra menerusi slot Akasia mulai 21 Oktober 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam di TV3 dan strim secara langsung di www.tonton.com.my

Kemudian, Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran korang, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat. Selamat menonton semua.

#dramasangattv3
#wanitamiliktuanputra
#akasiatv3

Nota Kaki : Dah tengok episod 1 semalam, kalau pelakon untuk hero ditukar dengan Redza Rosli, confirm meletop. Ramai yang suka tengok gandingan Intan Najuwa dan Redza Rosli bila berlakon. Tu pendapat Fiza la ek.