Assalamualaikum,
Selamat Malam.

DRAMA ADAKAH ENGKAU MENUNGGUKU | Drama terbaru pukul 9 malam di TV3, dalam slot Lestary bagi menggantikan drama Cinta Buat Dara, yang mana akan mulai bersiaran pada 29 September 2022 nanti selama 15 episod. Ia merupakan drama lakonan Adam Lee dan Wanna Ali. Berikut adalah sedikit info mengenai drama ini :-

Slot Lestary TV3

Tarikh Tayangan : 29 September 2022
Waktu Siaran : Rabu-Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian : Lestary TV3
Pengarah : Azmi Hata
Produksi : OrangeTree Production
Pelakon : Adam Lee, Wanna Ali, Farhan Asri, Wani Kayrie, Syafi Tee, Sherry Ibrahim, Neera Azizi, Wan Nor Azlin, Rosli Rahman Adam, Khaty Azian dan Elanie Aidid

PELAKON DAN WATAK

Kemudian, antara barisan pelakon dan watak yang mereka pegang dalam drama ni adalah seperti berikut :-
  1. Adam Lee sebagai Ikmal
  2. Wanna Ali sebagai Ariana
  3. Farhan Asri sebagai Azman
  4. Nabil Aqil sebagai Redza
  5. Bella Astillah sebagai Maya
  6. Wani Kayrie sebagai Tina
  7. Syafi Tee sebagai Zain
  8. Neera Azizi sebagai Lara Sofea
  9. Sherry Ibrahim sebagai Mak Su
  10. Enot sebagai Mak Ngah
  11. Wan Nor Azlin
  12. Khaty Azian
  13. Rosli Rahman

SINOPSIS DRAMA ADAKAH KAU MENUNGGUKU

Drama ini mengisahkan tentang seorang wanita bernama Ariana (Wanna Ali). Dia mengharapkan cinta yang telah terjalin selama 8 tahun ini akan berakhir ke jenjang pelamin. Namun, impian  Ariana untuk mengahwini Azman terhenti apabila Azman diasak oleh kedua orang tuanya untuk berkahwin dengan pilihan keluarga.

Cinta Azman dan Ariana tidak kesampaian apabila Azman terpaksa akur dengan pilihan orang tua.

Ikmal (Adam Lee) yang sudah puas mengembara dan mempunyai perniagaannya sendiri enggan mengikut teman wanitanya Sofia ke Australia. Walaupun dipujuk beberapa kali, Ikmal tetap dengan pendiriannya kerana sudah bertahun dia meninggalkan ibunya dan tak sanggup biarkan mereka yang sudah tua dan perlukan perhatian.

Ariana bersedih dengan sikap Azman yang tidak berusaha untuk mempertahankan cinta mereka. Ariana pergi menenangkan diri ke sebuah restoran namun tiada tempat kosong untuknya.

Ariana dan Ikmal berebut meja dan akhirnya terpaksa berkongsi kerana meja lain dah penuh. Ariana memandang lkmal yang hanya menundukkan kepala membaca mesej di telefon bimbitnya. Apabila pelayan menghantar makanan yang sama kepada mereka, Ariana dan Ikmal saling berpandangan.

Adakah itu suratan dalam kehidupan mereka atau sekadar satu kebetulan? Nak tahu kisahnya... Jangan lupa saksikan Adakah Engkau Menungguku mulai 29 September 2022, setiap Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di slot Lestary TV3 atau strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my

#adakahengkaumenungguku
#slotlestarytv3