Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

HARI KEBANGSAAN MALAYSIA 2022 | Tinggal beberapa jam lagi, Negara kita Malaysia akan menyambut hari kebangsaan ataupun biasanya kita sebut hari kemerdekaan untuk tahun 2022. Pada 31 Ogos 2022 nanti, kita akan menyambut hari kemerdekaan untuk kali yang ke-65 tahun.

Tema atau slogan untuk hari kemerdekaan pada tahun ini adalah 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama' dan berikut merupakan logo hari kemerdekaan kali ini.

Gambar

Logo Sambutan Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2022

Melihat pada logo tersebut, ianya membawa maksud yang tersendiri di mana...
  1. Ianya berkonsepkan jalur lipatan internet, yang mana ia melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat Malaysia.
  2. Kemudian, untuk 3 jalur biru, merah dan kuning pula merupakan cerminan keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar budaya serta hidup harmoni.
  3. Titik Merah yang terdapat pada logo juga melambangkan jati diri dan semangat patriotik yang menjadi teras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan.
  4. Kedudukan yang berselang-seli melambangkan keterbukaan dalam meraikan perbezaan dan kepelbagaian demi kemajuan bersama.
  5. keluarga Malaysia pula merujuk kepada masyarakat hidup aman damai dan bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.
  6. Teguh bersama pula mendukung maksud kekuatan dan kesepaduan yang dicapai secara kolektid dan mampan.

Senarai Tema Dan Logo Hari Kemerdekaan 2022 Hingga 1970

Manakala untuk tahun-tahun sebelumnya, berikut adalah senarai tema dan logo hari kebangsaan Malaysia mengikut tahun. Antaranya :-

2022 : Keluarga Malaysia, Teguh Bersama

2021 : Malaysia Prihatin

2020 : Malaysia Prihatin

2019 : Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih

2018 : Sayangi Malaysiaku

2017 : Negaraku Sehati Sejiwa

2016 - 2015 : Sehati Sejiwa

2014 : Malaysia… Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

2013 : Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku

2012 : 1Malaysia. Janji Ditepat

2011 : Malaysia. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera

2010 : Malaysia Menjana Transformasi

2009 : 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

2008 : Perpaduan Teras Kejayaan

2007 : Malaysiaku Gemilang

2006 - 2000 : Keranamu Malaysia

1999 : Bersatu Ke Alaf Baru

1998 : Negara Kita Tanggungjawab Kita

1997 : Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya

1996 : Budaya Penentu Kecapaian

1995 : Jatidiri Penggerak Wawasan

1994 : Nilai Murni Jayakan Wawasan

1993 : Bersatu Menuju Wawasan

1992 : Wawasan Asas Kejayaan

1991 : Wawasan 2020

1990 : Berjaya

1989 - 1988 : Bersatu

1987 : Setia Bersatu Berusaha Maju

1986 : Bangsa Tegas Negara Teguh

1985 : Nasionalisme Teras Perpaduan

1984 : Amanah Asas Kejayaan

1983 : Bersama ke Arah Kemajuan

1982 : Berdisiplin Giat Maju

1981 : Berdisiplin Berharmoni

1980 : Berdisiplin Berbakti

1979 : Bersatu Berdisiplin

1978 : Kebudayaan Seni Perpaduan

1977 : 20 Tahun Bersatu Maju

1976 : Ketahanan Rakyat

1975 : Masyarakat Berdikari

1974 : Sains dan Teknologi Alat Perpaduan

1973 : Masyarakat Kebudayaan Malaysia

1972 : Masyarakat Adil

1971 : Masyarakat Progresif

1970 : Muhibah dan Perpaduan

Gambar

Acara Sambutan Hari Kebangsaan 2022

Kemudian, pada tahun ini, terdapat beberapa acara akan diadakan bersempena dengan hari kemerdekaan. Antaranya :-
  1. Pelancaran bulan Kebangsaan dan kibar jalur gemilang pada 31 Julai 2022.
  2. Sambutan hari Kebangsaan akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan
  3. Sambutan Hari Malaysia pada 16 September di Melaka

Bagi korang yang berdekatan tu bolehla datang untuk bersama-sama menyambut hari kemerdekaan nanti. Alhamdulillah, pada tahun ini kita akan menyambut Hari Kebangsaan dalam fasa endemik. Semoga negara kita akan terus bebas zero Covid-19 hendaknya dan semakin maju.

Sambutan Dan Kenangan Setiap Kali Menyambut Hari Kemerdekaan

Tempat Fiza jauh dari bandar, biasanya sambutan hari Kebangsaan akan diadakan dengan perarakan motosikal yang akan convoi mengelilingi kampung sambil kibar bendera Malaysia. Selalunya akan berlaku selepas detik 12 malam.

Esoknya pulak akan diikuti oleh perarakan budak-budak sekolah. Teringat pulak Fiza masa sekolah rendah tahun 80-an. Seronok betul masa tu berarak bersama kawan-kawan bawa bendera. Tak peduli, hujan-hujan pun redah. Allahu Akhbar! Indahnya zaman kanak-kanak, kan?

Di sekolah encik suami pulak, dorang adakan beberapa aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan. Antaranya seperti pertandingan mewarna hari kemerdekaan, pertandingan mereka poster dan begitu juga dengan pertandingan mereka ucapan untuk hari kemerdekaan. Siapa ucapan paling puitis, dialah yang akan menang. Pendek kata, pelbagai aktiviti telah mereka jalankan.

Kalau Fiza pulak, sejak dua tiga tahun ni… Duduk rumah jela dengan family sambil menonton tv untuk menunggu detik 12 malam. Kekadang ada jugak buat jamuan makan. Tapi, untuk tahun ni kita tak plan pun lagi nak buat apa. Tak tahu la petang nanti kot ada ke tak perancangan. Selalunya akan buat last minute. Korang pulak macam mana? Apa aktiviti cuti hari Kemerdekaan korang esok? Dah plan ke?

Sumber | Infosentral