Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

BUKAN SYURGA PILIHAN ASTRO PRIMA 105 | Merupakan drama bersiri terbaru lakonan Ungku Ismail Aziz dan Nadiya Nisaa, Ia merupakan drama yang diadaptasi daripada novel 'Gantung' karya AH Clans. Selain itu, drama ini juga akan bersiaran selama 40 episod, Setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di Astro Prima 105. Berikut adalah ringkasan maklumat mengenai drama ini.

Slot Tiara
Sumber dari Instagram @ungkuismailaziz

Bukan Syurga Pilihan

Episod: 40
Tarikh Tayangan: 2022
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 6:00 petang
Rangkaian: Astro Prima slot Tiara
Pengarah: Ungku Ismail Aziz
Produksi: MIG Productions Sdn Bhd
Pelakon: Ungku Ismail Aziz, Nadiya Nisaa, Azizah Mahzan, Fezrul Khan, Aishah Ilias, Fathil Dani, Ady Mohammad, Zarina Zainoordin, Nasz Sally dan Mardiana Alwi

Watak Pelakon Dalam Bukan Syurga Pilihan

Kemudian, antara watak-watak yang dipegang oleh para pelakon di dalam drama ini pula adalah seperti berikut :-

  1. Ungku Ismail Aziz sebagai Megat Ariff
  2. Nadiya Nisaa sebagai Tihani Zahira
  3. Azizah Mahzan sebagai Toh Puan Ulya
  4. Fezrul Khan sebagai Zaid
  5. Mardiana Alwi sebagai Syahrini

Sinopsis Bukan Syurga Pilihan

Drama ini mengisahkan tentang Tihani Zahira, seorang wanita yang menjadi mangsa kekejaman rumah tangga dan telah diceraikan talak tiga oleh bekas suaminya, Zaid.

Setelah itu, Zaid merayu kepada Tihani supaya kembali semula kepadanya dengan cara berkahwin dengan lelaki lain. Tetapi percaturan Zaid silap apabila Tihani Zahira berkahwin dengan Megat Ariff.

Megat Ariff merupakan sorang usahawan muda yang telah lama memendam perasaannya terhadap Tihani Zahira.

Namun, perkahwinan mereka dibuat secara rahsia tanpa pengetahuan Bonda Megat Ariff, Toh Puan Ulya yang sangat mementingkan darjat dalam keturunannya. Toh Puan Ulya yang tidak mahu wanita biasa-biasa menjadi menantu, membuatkan Megat Ariff terpaksa menyorokkan perkahwinannya dengan Tihani Zahira.

Toh Puan Ulya mengatur strategi untuk memisahkan Megat Ariff dan Tihani Zahira. Rancangan Toh Puan Ulya akhirnya berjaya apabila Megat Ariff percaya dengan fitnah yang dibuat oleh bekas suami Tihani. Tihani dihalau dari rumah milik Megat Ariff sewaktu dia sarat mengandungkan anak pertama mereka.

Kehidupan Tihani berubah seratus peratus selepas dihalau. Sehingga dia menjadi gelandangan di ibu kota Kuala Lumpur. Tiada tempat bergantung hidup dan orang yang menghancurkan hidupnya adalah Megat Ariff sendiri.

Sepanjang tempoh menjadi gelandangan, Tihani terpaksa merempat di merata tempat sehingga dia melahirkan anak sulungnya tanpa suami di sisi. Melahirkan seorang anak istimewa tanpa sokongan sesiapa bukanlah sesuatu yang mudah. Setelah apa yang dia lalui, Tihani nekad mahu meneruskan hidupnya walaupun dia di gantung tak bertali.

Setelah kebenaran terbongkar, Megat Ariff kembali mencari Tihani dan mahu wanita itu kembali kepadanya. Namun, Tihani yang berubah keras menyukarkan Megat Ariff untuk memujuk wanita itu.

Sepanjang Megat Ariff memujuk Tihani, pelbagai peristiwa yang telah menimpa kehidupan mereka. Adakah Tihani akan menerima semula Megat Ariff dalam hidupnya atau memilih untuk hidup sendiri?

Nak tahu kisah disebaliknya, kenalah tunggu waktu tayangannya nanti okeh. Nanti Fiza update bila tarikh tayangannya yea. ✌

Nota Jemari : Dah lama tak tengok Nadiya Nisaa berlakon. Dia pun antara pelakon yang hebat jugak berlakon.

#SlotTiara
#BukanSyurgaPilihan