Assalamualaikum,
Selamat Petang.

Drama Takdir Cinta Dhia | Merupakan drama bersiri terbaru jam 6 Petang Astro Prima lakonan Elvina Mohamad, Shahz Jaszle dan Aaron Aziz, yang mana akan ditayangkan di Slot Tiara, Setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 September 2022 nanti bagi menggantikan drama Cinta Hilang Kata. Jadi, berikut adalah ringkasan info mengenai drama ini :-

Drama jam 6 Petang Astro Prima
Sumber dari Instagram bambam_studios

Episod : 40
Tarikh Tayangan : 12 September 2022
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, 6:00 petang
Rangkaian : Astro Prima 105
Pengarah : Idora Abdul Rahman
Produksi : Suhan Movies & Trading
OST : Lagu Cinta Pasti Bersatu nyanyian Margosa dan Aepol Roza menjadi runut bunyi utama drama

Pelakon Drama Takdir Cinta Dhia

Kemudian, berikut adalah antara barisan pelakon dan watak yang mereka lakonkan dalam drama ini. Antaranya adalah seperti :-

  1. Elvina Mohamad sebagai Dhia Zahra
  2. Shahz Jaszle sebagai Huzair
  3. Aaron Aziz sebagai Fayyad
  4. Khalida Balqis sebagai Nadia
  5. Nazrief Nazri sebagai Fikri
  6. Nada Nur Syuhada sebagai Natasha

Sinopsis Drama Takdir Cinta Dhia

Berdasarkan sumber, Drama ini mengisahkan tentang konflik keluarga dan permainan perasaan di antara lelaki dan wanita. Dhia yang ditunangkan dengan anak Encik Amran, Huzair yang tidak sabar untuk berjumpa buat pertama kalinya.

Namun dalam perjalanan untuk bertemu Dhia, mereka ditimpa kemalangan yang mengakibatkan kematian bapa Dhia dan Encik Amran. Dhia tidak sempat untuk berjumpa dengan Huzair dan dibawa pulang ke rumah abang iparnya, Fayyad yang ingin mengambil hak penjagaan Dhia.

Tanpa pengetahuan sesiapa pun, Fayyad merupakan seorang ketua kumpulan samseng yang sudah lama membenci keluarga Dhia walaupun adiknya sendiri, Tasha telah berkahwin dengan Fikri, abang sulung kepada Dhia. Tasha juga mempunyai perasaan dengki terhadap Dhia dan sering membuat kehidupannya yang kini sudah menjadi sebatang kara lebih sukar.

Huzair pula pulang dari Eropah hanya untuk berdepan dengan berita tragik tentang bapanya. Dia mengambil keputusan untuk terus menetap di Malaysia dan mencari gadis yang ditunangkan dengannya. Pencariannya dikesan oleh Tasha yang terus berkomplot untuk mengahwinkan adiknya, Nadia kepada Huzair. Keadaan bertambah rumit apabila Fayyad sendiri telah jatuh cinta pada Dhia.

Takdir menemukan Dhia, Fayyad dan Huzair. Namun hanya dua antara mereka yang bakal bahagia dan layak menemukan cinta. Siapakah yang akan menjadi pilihan hati Dhia akhirnya?

Nak tahu kesudahan di sebalik drama ini, nantikan waktu tayangannya nanti bermula 12 September 2022 yang mana akan bersiaran selama 40 episod di Slot Tiara Astro Prima 105, setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang.

#DramaAstroPrima
#SlotTiara
#TakdirCintaDhia

Nota Jemari : Dengar cerita skrip drama ni merupakan adaptasi hasil karya kerjasama penulis daripada Indonesia dan Malaysia. Adakah drama ini lain daripada yang lain? Apa yang pasti Elvina dan Aaron Aziz adalah dua pelakon yang Fiza minat. 🤭