Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

Kesudahan Episod Akhir Risik Pada Hati, Ending Yang Realistik Dan Mengusik Jiwa | Mula-mula tayangan dulu memang Fiza tak layan pun drama ni. Fiza pilih untuk layan siaran ulangan rindu awak separuh nyawa di Astro Ria je. Bila dah tamat last week, and then... Ramai pulak friend list di Facebook yang update pasal drama ni best... 

Jadi, Fiza pun terlayan la jugak di telegram. Sanggup marathon sampai episod 24 semata-mata nak lihat dan reviews sendiri drama ni. Episod 25 sampai akhir, Fiza tengok di Facebook pulak. 🤭

Mencintai Tak Semestinya Memiliki

Dalam episod 28 iaitu episod akhir semalam... Ternyata apa yang berlaku di antara Adam, Aisya dan Hayfa adalah kenyataan. Bukan mimpi ataupun khayalan semata-mata. 

Kisahnya bermula apabila Hayfa rasa bersalah... Kerana telah menganiayai Aisya dan menipu Adam... Kononnya dia upah Aisya jadi isteri Adam semata-mata untuk dapatkan zuriat. Sebenarnya dia dah termakan dengan hasutan Suhara dan dalam masa yang sama dia mula merasakan yang Adam menyayangi Aisya lebih dari dirinya. 

Oleh sebab itu, dia cuba betulkan keadaan dengan mengatur pertemuan dengan Aisya dirumahnya, dan dalam masa yang sama dia nak Adam dengar perbualan mereka tanpa sengaja.

Risik Pada Hati

Akhirnya, semua rahsia terbongkar. Hayfa meluahkan segala apa yang terbuku di hatinya. Dek  kerana marah dan tercabar dengan kata-kata Hayfa, Adam akhirnya menceraikan Hayfa dengan talak 1. Hayfa keluar dari rumahnya, namun dihalang oleh Aisya. Aisya tak nak dia jadi penyebab Adam dan Hayfa bercerai. ( Scene nila tanpa sedar, buatkan Fiza nangis jugak oii... Teruk betul ). 🥴

Kemudian...

Bak kata pepatah, pelangi turun selepas hujan. Rupanya, Hayfa mengandung selepas mereka bercerai. Namun, Hayfa telah membuat keputusan muktamad. Walaupun Adam dan Aisya datang untuk memujuknya. 

Risik Pada Hati

Adam cukup sempurna baginya dan sebagai bukti cintanya kepada Adam, biarlah dia mengundur diri.  Dia ikhlas melepaskan Adam untuk Aisya. Namun, Hayfa berharap Adam boleh jadi sahabat baik buatnya. Dia memberitahu Adam bahawa dia telah mengandung dan berharap, agar Adam boleh menjadi seorang papa yang baik buat Umar dan Hawa. Adam menangis semahunya apabila Hafya pergi selepas menerangkan semuanya kepada Adam dan Aisya.

Risik Pada Hati

8 bulan kemudian, Hawa dilahirkan. Hayfa membesarkan Hawa dengan bantuan Aisya dan Adam. Risik pada hati berakhir dengan kegembiraan. Itulah pengakhiran kisahnya.

Pengajaran Dari Drama Risik Pada Hati

Dalam drama ni, banyak pengajaran yang boleh kita ambik sebagai pedoman. Realitinya... Walaupun madu itu manis, tapi ianya pahit untuk ditelan. Begitu jugak dalam berpoligami. Bermadu bukan mudah sebenarnya. Lebih baik mengundur diri daripada terus bermadu kalau tak kuat... Sebab bermadu ni, engkau kena banyak bersabar dan bersedia menerima segala apa yang berlaku dengan ikhlas. 

Kalau Fiza ditempat Hayfa pun, Fiza akan pilih untuk undur diri jugak. Tak sanggup rasanya nak bermadu. Biarlah hidup tanpa dia, yang penting hidup tenang tanpa perlu makan hati berulam jantung. 

Poligami tak salah sebenarnya, cuma yang salahnya cara pengamal poligami. Bukan saja suami, bah kan para isteri pun boleh jugak jadi pesalah.

Sebagai suami... Sepatutnya Adam tak dengar dari sebelah pihak, tak adil namanya. Menjatuhkan hukum sebelum tahu perkara yang sebenarnya.

Banyak harta, layak berpoligami dan adil dari segi wang ringgit pun belum tentu dia dapat adil dari segi batin. Ketahuilah, bahawa Allah S.W.T memberi amaran kepada suami yang tidak adil dalam perasaannya ke atas para isteri mereka, di mana... Dalam surah An-Nisa' ayat 129 Allah swt berfirman :

"Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara istri-istri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."

Tafsiran ayat :

Pada ayat ini Allah mengingatkan kepada mereka yang ingin berpoligami. Dan kamu, wahai para suami, tidak akan dapat berlaku adil yang mutlak dan sempurna dengan menyamakan cinta, kasih sayang, dan pemberian nafkah batin di antara isteri2mu, karena keadilan itu merupakan suatu hal yang sulit diwujudkan dan bahkan di luar batas kemampuan kamu, walaupun kamu dengan sungguh-sungguh sangat ingin berbuat demikian. Karena itu, janganlah kamu terlalu cenderung kepada perempuan-perempuan yang kamu cintai dan kamu ingin nikahi, sehingga kamu membiarkan istri yang lain terkatung-katung, seakan-akan mereka bukan isterimu, dan bukan isteri yang sudah kamu ceraikan. Dan jika kamu mengadakan perbaikan atas kesalahan dan perbuatan dosa yang telah kamu lakukan sebelumnya dan selalu memelihara diri dari kecurangan, maka sungguh, Allah Maha Pengampun atas dosa-dosa yang kamu lakukan, Maha Penyayang dengan memberikan rahmat kepadamu.

Oleh itu, sebelum berhasrat untuk berpoligami... Tambahlah ilmu agama. Sesungguhnya lelaki yang jahil tentang agama tidak layak untuk berpoligami. - sumber : Nor Asmarina

Tu part suami...

Kemudian, sebagai isteri yang memilih poligami. Pantang paling besar adalah mendengar nasihat dari mereka yang bukan ahli, lebih-lebih lagi dari kawan yang jenis toksik. Silap besar tau. Buruk akibatnya.

Kesimpulannya di sini, bila berpoligami... Perkara paling penting ialah berbincang dari hati ke hati. Kalau kita rasa ada benda yang tak kena, berbincanglah. Terus terang. Jangan asyik simpan je dalam hati. Bila pendam, itu yang meletop. 

Di sudut yang lain pulak, drama ini jugak memberi pengajaran kepada perempuan yang suka merampas suami orang seperti Atilia. Akhirnya merana akibat kena simbah dengan asid di muka.

Kemudian, Sepupu Adam... Erra yang dulunya selalu merendahkan Hayfa kononnya mandul... Tapi, hakikatnya dia sendiri telah disahkan mandul selepas berkahwin. Dek kerana malu dan takut rahsianya diketahui oleh ibubapa Adam, ibunya telah membuat keputusan untuk berpindah dan tinggal jauh dari keluarga Adam. Hakikatnya, Allah itu Maha Adil. Kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan. Hidup di dunia ni, janganlah kita sombong... Kerana setiap perjalanan kehidupan kita, telah Allah tentukan.

Sebenarnya banyak lagi pengajaran yang boleh kita dapat daripada drama ni. Namun, Fiza hanya tekankan yang penting sahaja.

Apa-apa pun...

Overall, tahniah kepada pengarah dan teams drama ni. Pilihan pelakon yang hebat membuatkan drama Risik Pada Hati menjadi menarik dan trending di twitter. Tahniah semua.

Nota Jemari : Fiza kalau jalan cerita drama best memang akan layan. Malam ni dah start drama Ku Punya Hati TV3. Tak tahu lagi, nak layan ke tak. Pelakon macam tak best je.