Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

Drama Ku Punya Hati TV3 | Merupakan drama bersiri terbaru di slot Akasia, Lakonan Nabil Aqil dan Sharifah Rose. Drama ini akan mula bersiaran pada 4 Ogos nanti, bagi menggantikan drama Risik Pada Hati. Berikut info ringkas mengenai drama ini :-

Akasia TV3
Sumber dari Facebook dramasangat

Ku Punya Hati TV3

Episod : 28
Tarikh Tayangan : 4 Ogos 2022
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian : Akasia TV3
Idea Asal : Puovin
Penulis Skrip : Puovin & Tommy Loh
Pengarah : Azmi Hatta
Produksi : Sha's Media Sdn Bhd
Pelakon : Nabil Aqil, Sharifah Rose, Luqman Hafidz, Alya Iman, Cahaya Nilam, Sera Melissa, Salina Saibi, Syefikk, Wan Nor Azlin, Hafidz Roshdi, Zila Bakarin, Azri Iskandar, Nina Nadira, Kirana Batrisyia, Ainin Batrisya, Ieda Moin dan Silfeny Osman.

Watak Pelakon

Kemudian, antara barisan pelakon dan watak yang mereka pegang dalam drama ni adalah seperti berikut :-
  1. Nabil Aqil sebagai Noah 
  2. Sharifah Rose sebagai Rashidah
  3. Alya Iman sebagai Trisha
  4. Luqman Hafidz sebagai Rezza
  5. Cahaya Nilam sebagai Jess
  6. Sera Melissa sebagai Sofea
  7. Salina Saibi sebagai Intan
  8. Syefikk sebagai Ucop
  9. Ainin Batrisya sebagai Airis
  10. Zila Bakarin sebagai Puan Faridah
  11. Azri Iskandar sebagai Tuan Minhad
  12. Silfeny Osman sebagai Mia

Sinopsis Ku Punya Hati TV3

Berdasarkan sumber dari mukabuku dramasangat, drama ini dikatakan sebuah drama yang mengisahkan tentang seorang perempuan bernama Rashidah.

Rashidah terguris atas cinta yang dirahsiakan. Dia diperlakukan seperti orang asing. Mampukah ikatan cinta bertahan bila ia disulitkan? 

Nak tahu kisah disebaliknya, nantikan waktu tayangannya bermula 4 Ogos 2022, di Slot Akasia TV3 jam 7 malam semestinya setiap Isnin hingga Jumaat.

Selamat menonton semua. Have a nice day. ✌️

#dramasangat 
#kupunyahati 
#akasia 
#tv3malaysia