Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

Drama 7 Hari Mencintaiku 3 karya Siti Rosmizah telah pun mula ditayangkan semalam di slot Akasia TV3, 16 April 2022, setiap hari pukul 6.58 petang. Drama 35 episod arahan Jamal Khan ini juga turut dibintangi oleh Shukri Yahaya, Siti Saleha, Wafariena Roslan, Reen Rahim, Syazwan Zulkifly dan ramai lagi. Berikut sedikit info mengenainya :-

Akasia terbaru

7 Hari Mencintaiku 3
Episod : 35
Tarikh Tayangan : 16 April 2022
Waktu Siaran : Isnin-Ahad, 6:58 petang
Rangkaian : Akasia TV3
Skrip : Siti Rosmizah
Pengarah : Jamal Khan
Produksi : SR One Sdn Bhd

Watak Pelakon

Antara barisan pelakon dan watak yang mereka pegang dalam drama ini adalah seperti berikut :-

Shukri Yahaya sebagai Khuzairi
Siti Saleha sebagai Mia Adriana
Kazar Saisi sebagai Pak Samad
Liza Abdullah sebagai Mak Leha
Syazwan Zulkifly sebagai Helmi
Wan Sharmila sebagai Sofi
Jaja Iliyes sebagai Nadia
Wafariena Roslan sebagai Nurul Ain
Bil Azali sebagai Zaidi
Faye Kusairi sebagai Syakila
Jasmin Hamid sebagai Zarina
Anne Abdullah sebagai Mak Andak
Nur Dhia Irdina sebagai Alisa
Shaharuddin Thamby sebagai Dato Johari
Sean Lee sebagai Dr Adam
Reen Rahim sebagai Fatin Husna
PU Azman sebagai Taufik
Azza Elite sebagai Kak Piah
Dayang Areeda sebagai Maimunah
Ezad Lazim sebagai Husin
Razman Mahayuddin sebagai Burhan
Silfeny Osman sebagai Azura

Lagu Tema (OST) 7 Hari Mencintaiku 3

Lagu: Kaulah Syurga
Penyanyi: Khai Bahar & Lia Aziz
Komposer : Asfan shah
Penulis Lirik : Siti Rosmizah

Sinopsis 7 Hari Mencintaiku 3

Drama ini mengisahkan tentang rumah tangga Khuzairi dan Mia Adriana diuji lagi selepas Khuzairi lumpuh akibat kemalangan jalan raya. Sejak itu, Khuzairi menjadi panas baran kerana dia mula rasa diri tidak lagi sempurna sebagai suami kepada Mia dan juga ayah kepada anak-anak mereka. 

Pada masa yang sama, Pak Samad sebenarnya tidak sihat dan perlu menjalani pembedahan. Namun, Pak Samad merahsiakannya daripada pengetahuan keluarganya. Oleh itu, Pak Samad meninggalkan sepucuk surat kepada mereka dan meminta mereka mencari makna sebenarnya tentang cinta dalam 7 hari.

***************

Drama ni start dalam bulan puasa, kan? Jika korang tak berkesempatan nak tengok on time. Yelah! Waktu tayangan drama ni start masa berbuka. So, maybe ada yang tak sempat nak tengok la kan. 

Tak payah risau.

Drama ni juga boleh ditonton secara online melalui tonton live TV Xtra TV3 (www.xtra.com.my) atau untuk full episode pulak di laman web iQiyi. Boleh tengok ulangan secara percuma ya, bila-bila masa korang free.

Episod 1, 7 Hari Mencintaiku 3

Pagi tadi selepas Subuh, Fiza sempat layan episod 1. Boleh tonton online ye, tekan link di bawah :-


Kisahnya, Mia dah ada 3 orang anak. Sofi pun dah ada sorang anak. Nad dan Zaidi pun ada jugak seorang anak.

Dalam episod ni jugak, Khuzairi tiba-tiba tak sihat. Jadi, dia kena berehat. Semua urusan Mia ambik alih. Sofi pulak sibuk dengan anak dan ayahnya yang lumpuh sehingga membuatkan Helmi terasa hati dan merasakan dirinya tidak diperdulikan lagi.

Manakala Nad pulak ada masalah dengan Zaidi. Zaidi mintak Nad berhenti kerja untuk menjaga ibunya. Namun, Nad tidak bersetuju. Nad nak kerja.

Situasi lain pulak, watak Pak Andak dimatikan dengan scene meninggal dunia. Mak Andak sangat sedih. Yelah! Mereka saling mencintai di antara satu sama lain kan. Bila berpisah, ia sangat menyakitkan.

Akasia tv3

Episod 1 berakhir dengan scene Mia menghantar Alisa ke sekolah. Namun, mereka kemalangan. Kemalangan tersebut telah menyebabkan Alisa pergi buat selama lamanya. Manakala kaki Mia pulak dipotong sebelah. Apakah reaksi Mia bila mengetahui semua tu setelah sedar dari pembedahan? Nak tahu... Kenalah tengok sambungan ceritanya dalam episod 2 malam ni di TV3, jam 6.58 petang.

Part last paling sedih. Namun, Fiza haraplah yang ianya hanyalah... Sekadar mimpi Khuzairi di siang hari. Siri 3 ni, kita lansung tak boleh nak tahu apa jalan ceritanya... Sebab skrip ceritanya ditulis terus oleh Siti Rosmizah dan bukannya adaptasi daripada novel seperti Siri 1 dan 2 sebelum ni. Jadi, ia akan membuatkan penonton akan tertanya-tanya apa sebenarnya akan belaku. Kan? 

#7harimencintaiku3