Assalamualaikum,
Selamat Petang.

Tadi masa tidurkan Nur Dhia, Fiza sempat layan episod 2 untuk drama 7 Hari Mencintaiku 3 di link berikut. Ia merupakan kesinambungan daripada kisah episod 1.

https://www.iq.com/play/7-hari-mencintaiku-3-episode-2-1qvz3kjmfh8?lang=en_us

Betul la seperti yang dijangka, Mia kemalangan dan Alisa meninggal dunia hanyalah sebuah mimpi ngeri. Rupanya bukan Khuzairi yang bermimpi, tetapi Sofi.

Info

Nad masih lagi ada masalah dengan Zaidi. Mereka belum ada kata putus, siapakah yang harus berhenti kerja untuk menjaga ibu Zaidi yang sakit.

Info

Dalam episod ini jugak, watak Kak Piah lakonan Azza elite mula ditampilkan. Dia merupakan adik kepada ibu Zaidi. Kiranya, mak saudara Zaidi la ye. Dia tidak menyukai Ila, Dia tak nak badi bekas banduan membawa masalah kepadanya. Dia siap sindir Ila bila terserempak di klinik milik Khuzairi. Sudahnya, Ila berhenti kerja. Tak cukup itu, dia jugak memarahi Zaidi kerana sanggup tinggalkan ibunya bersendirian di rumah. Wataknya digambarkan seperti seorang mak saudara bermulut puaka. Ada sahaja yang tak kena di mata dia.

Info

Selain itu, Muncul jugak watak Munah (Dayang Areeda) isteri kepada Husin. Dia baru dapat kerja di pejabat Mia dengan bantuan ibu mertuanya. 

Info

Munah kerja pun disebabkan sepupu nya, Burhan. Mereka ada agenda terhadap Mia. Al-maklumlah, suatu ketika dulu Burhan pernah menyukai Mia.

Mak Andak pula mahu ke rumah orang tua. Dia tak nak susahkan sesiapa. Pendek kata, dia pergi atas nasihat arwah Pak Andak suatu ketika dulu. Andai dia pergi dulu, dia nak Mak Andak tinggal di rumah orang tua. Namun, dihalang oleh Mak Khuzairi. Dia dah anggap Mak Andak seperti keluarganya sendiri. Lagipun, Mia akan bagi belanja bulan-bulan buat Mak Andak.

Info

Di akhir cerita, tetiba Fatin Husna lakonan Reen Rahim muncul di depan Khuzairi dan Mia. Fatin merupakan rakan Zaidi dan Khuzairi semasa di universiti dulu. Apakah tujuan kemunculannya dan apakah reaksi Mia melihat keletah Fatin yang gedek semacam?. kenalah tonton Episod 3 seterusnya yeah!

In Shaa Allah, ada masa Fiza updated kisahnya di sini. Okeh!