Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

Lately, scroll je media sosial... Pasti korang akan terdengar lagu dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa. Kan? Viral pulak lagu tu. Tapi, serius... Senikata lagunya sangat menarik. Mendayu-dayu...

Viral tiktok

Ciptaan Lagu & Lirik : Ayu Rizki Yani 
Produser : Hermawan
Eksekutif Produser : John Li
Pengarah Vokal : Ivan Lahardika
Suara Latar : Yuki Senandika
Hakcipta : OP: PT Safinah Musik Entertaintment / SP: Hayat Kreatif Studio 

TENTANG RAFFA, PENYANYI LAGU DENGARKANLAH

Actually, penyanyi lagu tersebut merupakan seorang pemuda kelahiran Depok yang berasal dari Jawa Barat, Indonesia. Nama lengkap beliau adalah Raffa Aldiansyah

Beliau adalah merupakan selebriti muda yang berjaya, mempunyai banyak pengikut di media sosial. Ianya terbukti dengan mempunyai lebih dari 4 juta pengikut di aplikasi media sosial ‘TikTok’. Oleh itu, namanya  mungkin ramai yang sudah mengenali di kalangan masyarakat Malaysia apatah lagi di Indonesia menerusi single sulungnya yang berjudul ‘Cinta Sampai Mati’.

Single 'Cinta Sampai Mati' ini adalah single sulung Raffa, yang merupakan ciptaan Ayu Rizki Yani, isteri kepada Dodhy gitaris kumpulan Kangen Band dan dilancarkan di bawah label muzik Hayat Kreatif Studio untuk pasaran Malaysia, Brunei serta Singapura sahaja manakala untuk pasaran di Indonesia dan lain – lain negara di lancarkan dibawah label muzik  Botram Media Entertainment.

Raffa mengaku, sudah lama ingin mempunyai single original sendiri, dan terwujud pada single 'Cinta Sampai Mati' dan Raffa berharap single ini disukai orang ramai.

Raffa yang dikenali dengan suara unik dan wajah kacak ini membawakan genre lagu – lagu yang berkonsepkan ketuhanan mahupun selawat serta nasyid. Selain membawa genrenye tersendiri, beliau jugak gemar ‘cover’ lagu lain yang popular untuk dimuat turun ke dalam akaun media sosialnya .

Pada asalnya , single ini diberi judul ‘Dengarkanlah’ oleh penulis lirik sebelum diputuskan oleh label Botram Media Entertainment untuk judul yang lebih Universal, agar lagu ini dapat disampaikan mesejnya yang mempunyai maksud cinta kepada kedua ibu bapa yang masih ada mahupun yang telah tiada, kepada keluarga dan kepada pasangan, maka terciptalah judul baru yang mempunyai lirik baru dalam lagu ini seperti ‘Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdo’a. Oleh itu, menjelang pelancaran lagu ini , judul diberi ‘Cinta Sampai Mati’.
 
Single ini antara single pertama berkolaborasi di antara Hayat Kreatif Studio dengan Botram Media Entertaintment. Untuk single perdana ini, Raffa telah cuba hasilkan genre musik yang sedikit berbeza dengan lagu-lagu viral. 

Dengan harapan kehadiran Raffa mampu memberi nuansa baru, dan saat ini lagu 'Cinta Sampai Mati' nyanyian asal oleh Raffa sudah boleh dinikmati di seluruh platform muzik dan boleh ditonton video muziknya di saluran youtube Hayat Kreatif Studio.

Hayat Kreatif Studio bertindak sebagai pengedar single ini secara jualan digital di platform streaming, Youtube dan iTunes di Malaysia, Singapura & Brunei .


LIRIK LAGU DENGARKANLAH

Duhai engkau sang belahan jiwa
Namamu terukir dalam pusara
Di Setiap langkah ku selalu berdoa
Semoga kita bersama

Duhai engkau tambatan hatiku
Labuhkanlah cintamu di hidupku
Ku ingin kau tahu betapa merindu
Hiduplah engkau denganku

Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa
Bersujud dan lalu aku meminta
Semoga kita bersama

Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa
Cintaku untukmu selalu terjaga

Dan aku pasti setia

Duhai engkau tambatan hatiku
Labuhkanlah cintamu di hidupku
Ku ingin kau tahu betapa merindu
Hiduplah engkau denganku

Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa
Bersujud dan lalu aku meminta
Semoga kita bersama

Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa
Cintaku untukmu selalu terjaga
Dan aku pasti setia

Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa
Cintaku untukmu selalu terjaga
Dan aku pasti setia... Dan setia

Sekali dengar, kita akan fikir yang lagu ni berkisar tentang ketuhanan. Bait-bait liriknya sangat menarik dan suami Fiza selalu jugak dengar lagu ni. Katanya, lagu ni membawa ketenangan. 

Di Facebook, bersepah orang share lagu ni. Korang dah dengar belum?

#LaguViralTiktok
#Dengarkanlah
#LaguRaffa