Assalamualaikum 🖤,
Mr. Bibik, drama Melayu terbaru di slot Akasia TV3 yang bakal bersiaran pada 29 Oktober nanti bagi menggantikan drama semanis senyumanmu.

Drama 20 episod arahan Pali Yahya, terbitan Saphire Screen Sdn Bhd ini merupakan drama adaptasi novel Mr. Bibik karya Aein Dhiyauddin yang mana turut menampilkan gandingan Saharul Ridzwan dan Zara Zya sebagai pelakon utama.

Selain daripada Saharul Ridzwan dan Zara Zya, terdapat para pelakon lain yang turut membintangi drama ini. Antaranya adalah seperti Raja Afiq, Roy Azman, Liza Abdullah, Dayang Areeda, Anne Abdullah, Balkisyh Semundur Khan, Wanns Ahmad dan Sefik.

Untuk makluman, drama ini akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, Jam 7:00 malam di TV3.

Akasia tv3
Sumber dari IG mr.bibik_official

SINOPSIS MR. BIBIK

Mr. Bibik mengisahkan tentang Aulia (Zara Zya). Aulia hampir mengamuk apabila Siti, kawan baiknya menghantar seorang lelaki untuk membersihkan kondonya. Bukan perempuan seperti selalu. Mujur Siti berjanji tidak akan mengenakan sebarang bayaran jika dia mengizinkan lelaki itu bekerja. Mr. Bibik, itu gelaran Aulia kepada lelaki itu.

Kali kedua Firas (Saharul Ridzwan) datang ke kondonya untuk membersihkan rumah, mereka ditangkap basah oleh ayah dan tunang Aulia. Tan Sri Halim, ayah Aulia memaksa mereka berdua menikah.

Aulia tidak rela bernikah dengan lelaki yang kerjanya hanya sebagai tukang bersih rumah. Firas juga tidak mahu bernikah dengan perempuan yang tidak pandai mengemas rumah sendiri. Namun jika sudah jodoh, mereka akan bersatu juga.

Mukhriz, bekas tunang Aulia tidak pernah rela tunangnya menjadi milik orang lain. Dia berusaha untuk memiliki Aulia semula.

Saat mereka berdua mula menganyam cinta, satu rahsia telah terbongkar sehingga menyebabkan Firas menghalau Aulia. Adakah Aulia diceraikan lalu kembali semula kepada Mukhriz? Atau rahsia itu hanya rekaan semata-mata. Apakah rahsia tersebut yang membuatkan Firas sanggup menghalau Aulia?

Nak tahu kisahnya, kenalah tunggu waktu siarannya nanti okeh! Iaitu bermula 29 Oktober 2021. Setiap Isnin hingga Khamis, Jam 7:00 malam di TV3 dalam slot Akasia.

Nota Kaki : Lebih kurang macam jalan cerita drama M.A.I.D pulak, cumanya Aida Jebat jadi maid kepada Zul Ariffin. Tapi, Mereka terpaksa berkawin sebab difitnah.

#SlotAkasia
#TV3
#MrBibik
#DramaSangat