Assalamualaikum 🖤,

Semanis Senyumanmu, judul drama Melayu bersiri terbaru yang bakal disiarkan pada 7 Oktober 2021 nanti, di Slot Akasia TV3 bagi menggantikan drama perisik cinta tak diundang.

Untuk makluman, drama ini pernah ditayangkan di Disney+ Hotstar pada 1 Jun 2021. Pelakon utama yang menerajui drama ini adalah Aiman Hakim dan Daiyan Trisha. Selain itu, drama hasil tulisan skrip oleh Nur Hussein dan di bawah arahan Faizul Jais dari produksi Parallax Pictures ini juga akan bersiaran selama 16 episod. Berikut adalah sedikit informasi berkenaan dengan watak bagi setiap pelakon dan sedikit bayangan tentang keseluruhan kisah disebalik drama ini.

Akasia terbaru Oktober tv3
Sumber dari Instagram @queendaiyantrisha

Watak Pelakon

Aiman Hakim sebagai Chef Azim
Daiyan Trisha sebagai Azra
Shyrim Husni sebagai Naufal
Shekeen Waida sebagai Azreen
Adib Azlan sebagai Fariz
Mia Deen sebagai Nisa
Zoul Muhammad sebagai Chef Jamal
Thaqif sebagai Chef Ali
Adib Fikri sebagai Chef Fik
Aqilah Abas sebagai Iman


Sinopsis Semanis Senyumanmu TV3

Semanis Senyumanmu mengisahkan tentang Azim (Aiman Hakim Ridza) yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran terkenal dan makanan hasil masakannya selalu mendapat pujian.

Azim tidak berpuas hati apabila terdengar seorang pelanggan mengkritik kuih lopes yang dimasaknya tidak mempunyai tekstur yang memuaskan. Azim cuba memasak semula kuih lopes dan meminta pandangan daripada stafnya dan tiada yang kurang pada kuih buatannya. Azim tidak dapat menerima kritikan dan merasakan pelanggan tersebut perasan bagus.

Azra (Daiyan Trisha) membuka sebuah bakery bersama kawan baiknya, Iman (Aqilah Abas) dan banyak menyibukkan diri dengan membuat bermacam-macam jenis manisan sejak putus dengan teman lelakinya.

Iman risau melihat keadaan Azra dan menyuruh kawan baiknya itu supaya berehat buat sementara waktu daripada membuat kerja di bakery tersebut.

Suatu hari, Azim menemani anak saudaranya yang mahu membeli manisan di bakery berdekatan rumahnya. Sewaktu membuat bayaran, Azim baru perasan yang pemilik bakery tersebut adalah orang yang sama mengkritik kuih lopesnya sebelum ini. Dalam masa yang sama, Azim turut mengkritik balik roti buatan Azra yang tidak mempunyai tekstur yang memuaskan.

Mereka kemudiannya bertemu kembali dalam satu majlis, Azra meminta maaf pada Azim dan menawarkan diri untuk mengajar Azim membuat kuih memandangkan itu adalah kepakarannya. Adakah Azim akan bersetuju dengan tawaran tersebut dan berbaik dengan Azra?

Nak tahu kisah disebaliknya dan juga kesudahan drama ini, kenalah tunggu masa tayangannya nanti pada 7 Oktober 2021, jam 7:30 malam, setiap Isnin hingga Jumaat dan semestinya di tv3.

Selamat menonton semua. ☺️

#dramamelayutv3 
#semanissenyumanmutv3