Anak Sena merupakan drama Melayu terbaru Malaysia yang akan bersiaran di dalam slot Lestary TV3, bagi menggantikan drama Hello Jangan Tapau Cintaku yang mana masih lagi berbaki beberapa episod.

Drama bersiri 8 episod terbitan Kembara Sufi dan arahan Bahri Uma ini juga turut menampilkan lakonan Ben Amir, Shasha Abedul, Ruzaidi Abdul Rahman, Hadi Putra, Farah Ahmad dan Nadia Aqilah.

Drama tv3

WATAK PELAKON

Kemudian, Berikut adalah barisan pelakon dan watak yang mereka akan pegang dalam drama Anak Sena. Antaranya :-
  1. Ben Amir sebagai Cikgu Amir
  2. Ruzaidi Abdul Rahman sebagai Tok Sena
  3. Hadi Putra sebagai Wadi
  4. Farah Ahmad sebagai Kiambang
  5. Nadia Aqilah sebagai Kuntum
  6. Shasha Abedul sebagai Fatin 
  7. Lan Siro sebagai Jati
  8. Norshahira Malik sebagai Amira
  9. Danish Iskandar sebagai Karim

SINOPSIS ANAK SENA

Drama Anak Sena mengisahkan tentang Sena, tok batin keturunan orang asli yang tinggal di pedalaman hutan. Sebagai ketua kampung, selain mempelajari ilmu hutan, Sena mahukan keturunannya bersekolah dan berpendidikan. Impiannya untuk melihat anak orang asli berjaya dan dia cuba membuktikannya melalui anaknya Wadi. Setiap hari Sena akan memandu bot membawa anaknya dan sejumlah murid-murid dari kampungnya meredah sungai Hulu Tembeling ke sekolah. Selesai waktu persekolahan, Sena akan membawa Wadi masuk ke hutan untuk memburu binatang dan mencari makanan, tumbuhan, akar kayu, rotan dan belajar ilmu hutan.  Bagi Sena, anak-anaknya dan anak anak orang asli di bawah jagaannya perlu mendapat ‘ilmu hutan’ dan ‘ilmu sekolah’. 

Cikgu Amir merupakan guru baharu di sekolah tempat Wadi bersekolah. Cikgu Amir rasa tercabar dengan sikap Wadi yang sambil lewa dan tidak berminat dalam pelajaran. Namun minat dan bakat Wadi terhadap bola sepak berjaya mengubahnya. Namun, selepas berlakunya insiden salah faham dengan Cikgu Amir, Wadi tidak mahu pergi ke sekolah lagi. Setelah dipaksa oleh Sena, Wadi berpura-pura pergi ke sekolah sehinggalah terjadinya insiden yang mengakibatkan dia bertindak melarikan diri dari rumah. Kehilangannya merisaukan Sena dan ibunya Kiambang sehinggalah Sena nekad untuk mencarinya. 
 
Apa pun yang berlaku, nak tahu kesudahan di sebalik cerita anak Sena kenalah tunggu waktu siarannya nanti bermula 26 Ogos 2021, selepas drama Hello Jangan Tapau Cintaku. Setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam dan semestinya di Slot Lestary TV3. Okeh! ☺️

Set waktu siarannya ye...

#DramaTerbaru
#SlotLestaryTV3
#anaksena