Hello Jangan Tapau Cintaku, drama bersiri terbaru Malaysia yang bakal bersiaran pada 4 Ogos 2021 bagi menggantikan drama Ayahanda.

Ia merupakan drama adaptasi novel 'Hello Jangan Tapau Cintaku' karya Hasreeyati Ramli di bawah terbitan Mache All Star United, arahan Idora Abdul Rahman.

Drama ini akan bersiaran selama 13 episod dan turut menampilkan para pelakon seperti Nafiz Muaz, Elisya Sandha, Syerinie Myra dan Eyka Farhana. 

Slot Lestary TV3
Sumber dari karangkraf mall

WAKTU SIARAN

Nantikan akan kemunculannya pada 4 Ogos 2021, setiap hari Rabu hingga Sabtu jam 9 Malam di Slot Lestary TV3.

WATAK PELAKON HELLO JANGAN TAPAU CINTAKU

Antara barisan pelakon dan watak yang mereka pegang dalam drama ini adalah seperti berikut :-

Nafiz Muaz sebagai Ash Fayyad
Elisya Sandha sebagai Ain Dheya
Syerinie Myra sebagai Alia
Eyka Farhana sebagai Ann Dayana
Lisdawati sebagai Mak Jah
Azri Iskandar sebagai Pak Long Asmadi
Amyza Aznan sebagai Mak Long Midah
Dynas Mokhtar sebagai Puan Anisa
Sefik Khair sebagai Hakim
Cahaya Nilam sebagai Masniza
Mak Wan sebagai Mak Ros
Badrul Muhayat sebagai Tuan Daren 
Mieza Edora sebagai Aira
Natasha Hamzah sebagai Kak Ida
Ikhwan Khairudin sebagai Riz

SINOPSIS HELLO JANGAN TAPAU CINTAKU

Hello Jangan Tapau Cintaku mengisahkan tentang seorang gadis kampung yang bernama Ain Dheya, yang datang bekerja di bandar. Memandangkan keluarganya susah, dia amat penjimat orangnya dan sifat yang paling tidak dapat dikikis ialah sifat tapau. 

Kemudian watak Ash Fayyad, seorang anak hartawan yang pemboros, suka menyakitkan hati orang di sekelilingnya dan sombong.

Kisah mereka bermula apabila Ash Fayyad menawarkan wang bernilai RM50,000 kepada sesiapa sahaja yang sanggup menjaga adik perempuannya yang berkerusi roda. Ain Dheya yang terdesak memerlukan duit untuk membayar hutang sewa tanah orang tuanya menerima tawaran tersebut.

Bermacam-macam peristiwa yang terjadi selama Ain Dheya berada di rumah Ash Fayyad. Hinggakan huru-hara jadinya. Berputikkah cinta yang tak masuk dek akal antara Ain Dheya dan Ash Fayyad nanti? Sama-sama kita tunggu masa tayangannya nanti okeh!

#DramaTerbaru
#SlotLestaryTV3
#HelloJanganTapauCintaku