DRAMA KAIN KAFAN BERBISIK TV2

Kain Kafan Berbisik, drama Melayu Malaysia yang akan bersiaran pada hari Isnin nanti (16 Ogos 2021) jam 9:00 malam di TV2.

Drama arahan Nazir Jamaluddin, kemudian skrip ditulis oleh Zabidi Mohamed dan di bawah A.Aida Production Sdn Bhd ini juga turut menampilkan para pelakon seperti Hairul Azreen, Umi Nazeera dan Aida Khaleeda, Nafiez Zaidi, Khalida Balqis, Aisyah Atan dan Edika Yusof.

Drama tv2
Sumber dari Intagram @haikalcheepi

SINOPSIS KAIN KAFAN BERBISIK

Drama kain kafan berbisik mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Shaza yang mempunyai bisnes keluarga dengan menjual kelengkapan mandi jenazah dan kain kafan.

Apabila ayahnya meninggal, bisnes tersebut disambung pula oleh ibunya. Apabila ibunya tiba-tiba jatuh sakit, Shaza menyambung bisnes tersebut secara sambilan kerana bekerja di sebuah pejabat swasta di Kuala Lumpur.

Shaza telah dihadiahkan satu set kelengkapan jenazah oleh ibunya ketika hari jadinya dan ibunya mahu Shaza membawa kain kafan tersebut ke mana sahaja dia pergi. Apakah yang berlaku selepas itu? Adakah ibunya turut pergi meninggalkan Shaza?

Apa pun kisahnya, kenalah tunggu waktu siarannya nanti iaitu pada 16 Ogos 2021, Isnin dan Jam 9 malam di TV2.

Selamat menonton yeah!

#DramaTV2
#KainKafanBerbisik

Nota Kaki : Dah lama tak layan drama di saluran RTM. Macam best pulak jalan ceritanya. Kan?

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Drama RTM banyak yang best cuma tak ramai yang tonton RTM. Dulu drama best tapi kualiti gambar macam teruk sikit. Byk juga drama yang best..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la. Fiza pun perasaan ada jugak drama yang best di RTM sekarang ni. Cuma tula bila dah terbiasa tengok channel Astro, lupa pulak channel RTM pun ada drama. 🤭

      Padam
    2. Tengok td memang best. Layan pula..

      Padam
  2. Lepas baca sinopsis drama ni terus rasa nak follow juga drama ni

    BalasPadam
  3. macam best juak sinopsisnya lok.. kmk rs 2 mgu tok dh kmk jarang nangga tv koh.. apakah digago.. haha

    BalasPadam
  4. Ingat cerita hantu hahaha, tapi baca sinopsis macam menarik gakkkk, umi nazeera tu not bad gak kalau berlakon kannnn kak fiza :D

    BalasPadam

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com