Lockdown, drama bersiri terbaru Malaysia yang akan mula disiarkan pada malam esok bagi menggantikan drama Ratu Ten Pin di Astro Ria 104. Ia merupakan sebuah drama berdasarkan kisah benar kehidupan ketika berada dalam situasi lockdown. 

Drama hasil karya Eirma Fatima, diarahkan oleh Pali Yahya ini juga turut menampilkan ramai para pelakon terkenal seperti Zara Zya, Beto Kusyairy, Nabila Huda, Izzue Islam, Kaka Azraff, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Sara Ali dan ramai lagi. 

Astro ria
Sumber dari bambam_studios

WAKTU SIARAN LOCKDOWN

Drama ini akan bersiaran selama 10 episod dan mengandungi 8 buah cerita yang berbeza.

Nantikan akan kemunculannya, di mana akan menemui para penonton mulai 26 Julai iaitu malam esok, setiap Isnin hingga Khamis jam 11 malam di Astro Ria.

SINOPSIS LOCKDOWN

Actually, drama lockdown ini nanti akan mengisahkan tentang kehidupan masyarakat tempatan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan. 

Pelbagai kisah menarik dan menyayat hati yang berlaku kepada sesetengah keluarga, yang mana mereka bersama-sama untuk mengharungi suka duka semasa PKP.

Di antara situasi yang dipaparkan adalah seperti tentang seorang anak yang terpaksa menjaga ibunya yang menghidap penyakit Alzheimer, pasangan yang berusaha untuk meneruskan perniagaan sepanjang PKP, kisah kelakar pasangan yang baru berkahwin dan terpaksa bekerja dari rumah, dan pasangan yang melalui cabaran hidup terutama sekali apabila suaminya mengalami kemalangan.

Menarik kan?

PELAKON DRAMA LOCKDOWN

Kemudian, Antara barisan pelakon dan watak yang mereka pegang dalam drama ini, adalah seperti berikut :-

ZARA ZYA sebagai Ina
AZIZAH MAHZAN sebagai Mak
BETO KUSYAIRY sebagai Malik
NABILA HUDA sebagai Aliya
NASZ SALLY sebagai Salmah
MEOR MOHD sebagai Hamid
FAHRIN AHMAD sebagai Zain
MARISSA YASMIN sebagai Mona
AISHAH AZMAN sebagai Wani
SARA ALI sebagai Alin
FADHIL DANI sebagai Ayah Alin
IZZUE ISLAM sebagai Rafi
LIZA ABDULLAH sebagai Atikah
RAZAK AHMAD sebagai Sabri
KAKA AZRAFF sebagai Ria
ANNE ABDULLAH sebagai Mak Adam
USTAZ SYAMSUL DEBAT sebagai Ustaz
SYAFIQ KYLE sebagai Hairi
MIMI LANA sebagai Milia
AMERUL AFFENDI sebagai Wan
BALKISYH SEMUNDUR KHAN sebagai Sue
HASNUL RAHMAT sebagai Johan
JALIL HAMID sebagai Bakri

That it's... 

In Shaa Allah, Jika berpeluang nanti bolehlah tonton. Nak jugak tengok kisah benar yang kita lalui sekarang diadaptasikan ke dalam drama. Kiranya drama ni cerminan kepada kehidupan kita sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan. Set time yeah! 🤭

#AstroRia
#DramaJam11Malam
#DramaLockdown