SiTik Tok, Drama Terbaru Slot Samarinda TV3


SiTik Tok, drama bersiri terbaru Malaysia yang mula disiarkan Khamis lepas bagi menggantikan drama kampung kolestrol di Slot Samarinda TV3. Sempat jugaklah tengok. Ia merupakan sebuah drama komedi arahan Joon Goh, menampilkan pelakon seperti Scha Elinnea, Nelissa Nizam, Nadia Aqilah, Niezam Zaidi, Acong Sweetchild, Kahoe Hon dan ramai lagi. 

Waktu Siaran SiTik Tok

SiTik Tok menemui penonton mulai 22 Julai, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di TV3. Juga boleh ditonton secara percuma di WeTV selepas satu jam tayangan. Untuk makluman, Ia juga akan bersiaran selama 16 episod.

Slot Samarinda TV3 Julai 2021
Sumber dari Proparangers

Sinopsis SiTik Tok

Actually, Drama Sitik Tok mengisahkan tentang Siti seorang gadis kampung yang periang dan suka menari Tik Tok di mana-mana sahaja di sekitar kampungnya. Adakalanya Siti menari sewaktu orang menoreh getah, ketika ibunya membeli di pasar dan pelbagai-bagai lagi tempat. 

Pada satu hari, Siti diberi peluang untuk mengejar impiannya untuk menjadi Tik Tok Star. Peluang ini membuatkan Siti terpaksa meninggalkan kampung halaman. Siti bergerakan dengan sepupunya Jaja dan seorang rapper yang bercita-cita tinggi, Maru. 
Dalam pengembaraan yang penuh keseronokan ini, dia bertemu dengan seorang jurugambar tampan bernama Shon. Siti akhirnya mendapat peluang untuk mendaftar di akademi influencer ketika dia bertemu dengan ‘role modelnya’ Miss Rona. Adakah dia berjaya mencapai cita-citanya? Atau bertemu jodoh dengan Shon.

Barisan Pelakon SiTik Tok

Antara barisan pelakon dan watak yang mereka pegang dalam drama ini adalah seperti berikut :-

Scha Elinnea sebagai Siti
Niezam Zaidi sebagai Shon
Nadia Aqilah sebagai Rona
Nelissa Nizam sebagai Jaja 
Zamaera sebagai Maru
Kahoe Hon sebagai Xander
Acong Sweetchild sebagai Chuchox
Anuar Haji Abdul Hamid 
Dee Alhadi sebagai Mimi
Syazlin Zainal sebagai Teena
Aznie Azmi sebagai Luna
Tony Eusoff sebagai Dato Mutalib
Mia Sabrina Mahadir sebagai Nana

Pendapat Peribadi Setelah Menonton Episod Pertama


So far, untuk first episod... Pada pandangan Fiza lah ye... Ia merupakan sebuah drama yang memaparkan trend kehidupan masyarakat masa kini, yang mana ramai menggunakan aplikasi Tik Tok untuk buat duit atau sebaliknya... Terutamanya remaja seperti Siti dalam drama ni.  Adakah Tik Tok akan membawa kebaikan dalam kehidupan Siti? Atau sebaliknya. Kenalah tengok ye. So far, not bad jugaklah jalan ceritanya. 

#SlotSamarindaTV3
#SitikTok
#Drama10malam

Catat Ulasan

1 Ulasan

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com