Cik Ayu Mee Sanggul, drama bersiri terbaru Malaysia yang akan mula disiarkan pada 27 Julai nanti bagi menggantikan drama Love Elsa. Drama ini juga merupakan idea asal daripada si penulis skrip Nieza Nahar dan bukannya drama adaptasi novel.

WAKTU SIARAN

Kemudian untuk makluman, Drama Cik Ayu Mee Sanggul akan bersiaran selama 16 episod setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di slot Megadrama Astro Ria mulai 27 Julai ini. Selain itu, ianya juga boleh ditonton menerusi Astro Go atau secara On Demand untuk waktu yang lebih fleksibel.

Drama 10 Malam Astro Ria Terkini
Sumber dari Bambam_Studios

SINOPSIS CIK AYU MEE SANGGUL

Drama Cik Ayu Mee Sanggul berkisarkan tentang kisah kahwin paksa dan pengorbanan seorang janda muda Ayu yang mengahwini seorang lelaki bernama Akhtar tanpa ikatan cinta untuk menjadi ibu kepada Uwais, anak Akhtar yang menghidap Mayor Talasemia.
 
Setelah kematian suaminya Tuan Baharom, Ayu mewarisi semua harta suaminya. Dia ialah usahawan Mee Sanggul yang berjaya di Kuala Lumpur.

Kisah bermula apabila Ayu tidak sengaja terlanggar Uwais ketika memandu dan Akhtar yang baru pulang dari bekerja di pelantar minyak di Sarawak menyangka Ayu ialah seorang pisau cukur tanpa mengetahui bahawa Ayu adalah seorang janda yang mewarisi kekayaan Tuan Baharom.

Ketika mengetahui Uwais inginkan Ayu menjadi ibunya, Ayu mengorbankan dirinya dan memutuskan untuk melamar Akhtar walaupun ditentang oleh Akhtar sendiri.

Demi kesihatan Uwais, Akhtar sanggup berkahwin dan berpura-pura bahagia di hadapan anaknya. Bahagiakah mereka? Kena tunggu masa tayangannya nanti selepas drama Love Elsa tamat.

PELAKON CIK AYU MEE SANGGUL

Antara barisan pelakon dan watak yang mereka pegang dalam drama ini adalah seperti berikut :-

Amelia Henderson sebagai Cik Ayu
Aqasha sebagai Akhtar
Aryan sebagai Uwais
Iman Zulkarnain sebagai Rizman
Shiqin Kamal sebagai Mastura
Fimie Don sebagai Joe
Asha Merican sebagai Icha
Nabil Aqil sebagai Azmer
Aznah Hamid sebagai Wan Aminah
Mahmud Ali Bashah sebagai Razak
Izzendra sebagai Zaza
Natasha Hamzah sebagai Wanmila
Cat Farish sebagai Hamzah

Nota Kaki : Tak minat sangat dengan lakonan Amelia Henderson, tapi ada pulak si Aqasha. Haha. Nak tengok ke tidak, kena tunggu episod 1 bermula 27 Julai 2021 nanti. Jika menarik, bolehla procced. Kan? 🤭

#SlotMegadramaTerbaru
#DramaAstroRia
#CikAyuMeeSanggul