Nantikan sebuah telefilem seram baharu berjudul 'Penunggu Soldorm'. Bakal ditayangkan  pada Sabtu ni, 6 Mac 2021, pukul 9 malam di Astro Citra.

Telefilem di Astro Citra
Sumber dari IG BamBamStudios

Berikut adalah maklumat ringkas mengenai telefilem tersebut.

JUDUL : PENUNGGU SOLDORM
WAKTU SIARAN : Sabtu, 6 Mac 2021, 9:00 malam
SIARAN TV : Astro Citra & Citra HD
PENULIS SKRIP : Ainul Farihah
PENGARAH : Jamal Khan
PRODUKSI : Arie Zaharie Production, Knack Knack Studios
PELAKON : Ayie Elham, Eric Fuzi, Wafiy Ilhan, Daniah Daneal (Coki), Fizz Fairuz dan Sara Ali

SINOPSIS PENUNGGU SOLDORM

Penunggu Soldorm mengisahkan tentang dunia pelajar sekolah yang tinggal di asrama di mana Daniel dan kawan-kawan, menghadapi gangguan misteri oleh ‘Penunggu Sol-Dorm’ ketika mereka bersolat secara berjemaah di Dorm Asrama.

Keadaan semakin menjadi kelam kabut dan seram apabila mereka bertemu dengan kelibat seseorang yang menyerupai Cikgu Azizi.

Apakah yang mereka lakukan. Adakah mereka terus diganggu oleh Penunggu Soldorm tersebut?

Baca Juga : Sinopsis Puaka Pak Selar

Sama-sama kita saksikan kisah seram Penunggu Soldorm pada hujung minggu nanti untuk mengetahui kisah keseluruhannya.

Selamat menonton yeah!

#citraeksklusif
#penunggusoldorm