Assalamualaikum,
Selamat Petang.

Pokok Hiasan Tiruan Untuk Dalaman Rumah Yang Viral Dan Murah | Actually, pokok hiasan skybird dah lama viral di media sosial. Ia merupakan salah satu jenis pokok premium tiruan yang sangat cantik untuk di letakkan di beberapa sudut ruangan di dalam rumah. Selain pokok skybird, terdapat jugak pokok tiruan yang lain seperti pokok pisang, monstera dan sebagainya.

Di Mana Tempat Beli Pokok Premium Skybird Yang Murah Dan Berkualiti

Memandangkan pergerakan kita terbatas akibat pendemik Convid-19, Fiza memilih untuk membuat online shopping sahaja buat masa sekarang.

Dengan itu, ia dapat mengelakkan kita daripada kebolehjangkitan Convid-19. Malah, kaedah tersebut juga mampu menjimatkan masa dan tenaga kita. 

Bukan itu sahaja, banyak e-commerce yang menawarkan harga yang murah dan berpatutan. So, kita punya banyak masa untuk survey harga terlebih dahulu sebelum membeli. Salah satu laman shopping yang Fiza suka adalah Shopee. 

Kenapa suka platform Shopee? Pertama, Banyak pilihan. Kemudian, laman tersebut jugak sangat mudah digunakan. Pendek kata, ianya user friendly gitu! Hehe...

Bila dah dapat cashout duit AdSense, apalagi kita shopping la pokok skybird yang diidamkan. Setelah beberapa hari membuat survey harga dan baca komen daripada para pembeli yang lain. Akhirnya, Fiza ambik keputusan untuk membeli pokok tersebut di kedai pisbwedding, Johor. Ia merupakan salah satu kedai yang menjual pokok tiruan untuk hiasan dalam rumah.

Pokok Hiasan Viral

Fiza ambik yang Harganya RM135.

Height : 160cm
Daun : 20 Helai
Postage ke Sarawak RM38.90

Last weeks beli, semalam dah sampai... Dan parcel dihantar menggunakan perkhidmatan Pos Laju. Bungkusan sangat kemas dan puas hati.

Bila unboxing...

Alhamdulillah, pokok skybird yang Fiza beli memang cantik dan daunnya pun kelihatan sangat tebal. Takde yang patah atau rosak. Pendek kata, dapat yang perfect! dan berkualiti. Bila letak di sudut ruang tamu. So nice. Sesuai sangat. Recommended!

Untuk pasu pulak, Fiza beli di kedai DIY sahaja. Harga untuk pasu tersebut adalah RM19.50. Fiza pilih color Puritan black. Sama dengan warna dinding rumah Fiza. Bila letak di sudut ruang tamu. Wah! Sangat sesuai dan menarik.


Alhamdulillah, akhirnya pokok premium skybird tiruan menjadi milik Fiza. Dah lama berangan nak beli. 😂🤣🤭

Baru sekarang mendapat. At least, takdelah duit hasil berblog habis macam tu je. Kan?


Tengok Video Untuk Gubah Daun Pokok Skybird Tiruan

Bila dah sampai, apalagi terus Fiza cari cara bagaimana nak deko daunnya agar bentuk pokok tersebut kelihatan cantik. Al-maklumlah, Fiza ni sejenis yang tak reti sangat nak buat gubahan.

Jumpa la video ni.
 

Terima kasih kepada pemilik video, iaitu cadar gebus Kak Ferry tersebut yeah! Sangat-sangat membantu. 

Dan, hasilnya... Tak sampai 15 minit pun Fiza deko. Cantik tak?

Pokok Hiasan murah

Alhamdulillah, berbaloi dan puas hati sangat. Nanti nak repeat beli Pokok Monstera pulak kat kedai yang sama. Senang. Kan!

#pokoktiruanpremium
#skybirdmurahdanberkualiti