Peristiwa 1 Mac 2021

Sepatutnya harini merupakan hari pertama anak-anak ke sekolah setelah sekian lama sekolah ditutup akibat pendemik Convid-19. 

Namun, disebabkan kes kembali meningkat di Sarawak. Kemudian, tempat Fiza pun dah red zone. Maka, Sekolah kembali ditutup semula bermula harini hingga 14 Mac 2021.

1 Mac 2021
Photo by Olya Kobruseva from Pexels

Sian! Kak Ain. Dah excited pagi ni nak ke sekolah. Tiba-tiba kes meningkat pulak weekend. So, on the spot semalam dapat mesej dari pentadbir sekolah yang mengatakan sekolah ditutup semula sehingga diberitahu kelak.

La! 

Nak buat macam manala kan. Sekarang ni semua benda berlaku tanpa di duga. Nak tak nak, kita kena bersedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku. Kan?

PdPR Diteruskan Lagi

Maka, bersambunglah lagi PdPR. Pagi-pagi lagi encik suami dah ke sekolah untuk menghantar kerja-kerja sekolah pelajar. Al-maklumla, sekolah terpencil. Ramai pelajar takde gajet. Lagi pula, line Telco pun slow. 

So, cikgu-cikgu hanya mampu mencetak semua latihan dan bagi kat budak-budak. Nasib baik sekolah kecil. So, takde masalah sangatla nak handle. Setiap minggu cikgu-cikgu akan turun ke sekolah untuk hantar dan ambik bahan PdP.

Bila PdPR...

Akan ada kekangannya. Lagi-lagi ada anak kecik macam Fiza. Memang huru hara jugakla dibuatnya. 🤣🤭

Walaubagaimana pun, dalam situasi sekarang Fiza tak mampu nak berkata apa. Apa yang Fiza mampu... Hanyalah melakukan yang terbaik buat anak-anak.

Semoga pendemik ni berakhir dengan cepat hendaknya. Aamiin...


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Baru tahu cikgu kena Turin padang sampai mcm tu sekli , semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan covid ni berakhir segera

    BalasPadam
    Balasan
    1. Atas inisiatif guru sebenarnya Sophea. Sian pulak kat budak². Walaupun susah nak access internet, dorang tetap tak boleh ketinggalan. Kan? Sian...

      Padam
  2. Moga dipermudahkan urusan Fiza sekeluarga :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin...

      Semoga urusan kita sama² dipermudahkan hendaknya. Terima kasih.

      Padam

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com