Siapa peminat Syafiq Kyle dan Mimi Lana? Sabtu ni telefilem lakonan mereka berdua, berjudul Bukan Cerita Cinta Cliche ditayangkan tau. 6 Februari 2021 jam 9 malam, semestinya di Astro Citra dan Citra HD.

Telefilem 6 Februari 2021 Astro Citra

Tak silap, suatu ketika dulu mereka berdua memang betul-betul bercinta kan. Then, sah putus last year bulan Mei. 

Tu based on apa yang Fiza baca di artikel berjudul Mimi Lana redha putus cinta dengan Syafiq Kyle, harian Metro bertarikh 4 Jun 2020.


Apa pun kisah mereka berdua di luar, tak sabar nak tengok telefilem lakonan bersama mereka ni. 

Adakah chemistry mereka berdua mampu menjadikan telefilem ni menarik untuk ditonton?. 

Apa-apa pun, Berikut adalah info secara ringkas mengenai telefilem ini.

JUDUL : BUKAN CERITA CINTA CLICHE
WAKTU SIARAN : Sabtu, 6 Februari 2021, 9:00 malam
SIARAN TV : Astro Citra dan Citra HD
PENULIS SKRIP : Nellhanan Mansor
PENGARAH : Faizal Nadxaman
PRODUKSI : GUAM Teamwork Sdn Bhd
PELAKON : Mimi Lana, Syafiq Kyle, Alif Aziz, Firdaus Nadxaman, Lienda Halim, Nazzaty Rusli, Saidah Kamarudin, Sara Zulkifli, Hazeman Huzir dan Eddy Effrimz

SINOPSIS BUKAN CERITA CINTA CLICHE

Mengisahkan Emmel seorang penulis prolifik yang khusus menulis kisah-kisah cinta. Skrip tulisan Emmel mendapat sambutan hangat daripada penonton mahupun penerbit. 

Ironinya dalam kehidupan realiti, Emmel tidak mempunyai kehidupan cinta. Dia sudah 10 tahun hidup solo sehingga hampir terlupa bagaimana rasanya memiliki pasangan atau komitmen perhubungan. 

Statusnya itu membuatkan Emmel sering diperli rakan sepejabat yang melabelkan dirinya seorang wanita yang kuat berangan kerana banyak menulis kisah cinta tapi diri sendiri tidak bercinta. 

#telefilemastrocitra
#bukanceritacintacliche