"Konflik semakin meruncing. Jalan cerita semakin menarik. Tak sabar nak tunggu next weeks bila Ean mula muncul di episod 4".
Begitulah antara status milik peminat drama #takdiryangtertulis. Kisahnya bersambung dengan episod yang ke-5.
Baca Juga : Kisah di sebalik episod 4 Takdir Yang Tertulis
Selepas diheret keluar, Juweta diturunkan di tepi jalan. Kemudian, Juweta bermalam di sebuah hotel buat sementara waktu. Juweta menangis semahunya apabila mengenangkan nasibnya.
Che Salmah anak beranak terus berpindah ke rumah Juweta serta merta. Masa menidurkan Mika, tiba-tiba Ruhila flashback balik bagaimana Mika lahir dan kenapa Mika boleh tinggal bersama Azlan dan Juweta.
Kisahnya...
Waktu dalam pantang, Ruhila lansung tak nak lihat Mika. Malah, dia mahu Azlan buang atau bagi sesiapa sahaja anak tersebut. Pada awalnya, Azlan tinggalkan Mika di depan surau. Dek kerana tak sampai hati, Azlan bawa balik Mika ke rumah Juweta. Tak sangka pulak, Juweta berminat dan terus mengambil Mika sebagai anak angkat.
Hari demi hari, Ruhila langsung tak mengetahui hal tersebut sehinggalah Ruhila terserempak dengan Juweta dan Azlan. Azlan sedang mendukung Mika yang membawa patung pemberiannya suatu ketika dulu.
Bila balik je ke rumah, Ruhila terus mintak Azlan bagi peluang untuk dia mendekati Mika. Ruhila meminta izin pada Azlan agarkan membenarkan dia bekerja sebagai PA juweta.
Dia mahu mendekati Mika untuk menebus dosanya pada Mika. Azlan bersetuju dan sejak itu lah Ruhila menjadi PA juweta. Dengan menjadi PA juweta , Ruhila dapat meluangkan masa bersama Mika. Mengasuh Mika dan melihat Mika membesar di depan mata.
Ruhila rasa bersalah sangat pada Juweta. Dia tidak menyangka dirinya dan Azlan tergamak berlaku kejam terhadap Juweta.
Juweta tidak pernah membuat apa-apa kesalahan pun padanya. Dia merampas Azlan, dia merampas anak Juweta dan juga segala-gala hak milik Juweta. Tetiba ingatan Ruhila dimatikan apabila Azlan muncul di depan pintu.
Paginya...
Juweta cuba menghubungi Mika. Tapi Azlan mematikan panggilan telefon. Azlan juga berpesan pada Ruhila agar menukar nombor telefon.
Ruhila bertanya sampai bila mereka perlu hidup seperti itu. Ruhila meminta Azlan kembalikan semuanya semula kepada Juweta. Dia hanya mahukan anaknya sahaja. Bukan harta dan syarikat Juweta.
Azlan memberitahu yang dia tidak boleh berbuat demikian kerana Che Salmah akan mendesaknya. Azlan sudah bosan dengan ibu mertuanya itu. Ruhila juga tidak mampu berbuat apa-apa kerana dia tahu ibunya sanggup melakukan apa sahaja .
Ruhila naik ke bilik Mika dan melihat Mika belum bangun dari tidur. Badan Mika juga panas. Ruhila bertanya pada Kak Jo adakah perlu bawa ke hospital.
Kak Jo menyuruh Ruhila serahkan Mika pada Juweta . Kak Jo memarahi Ruhila yang sanggup merampas kebahagian Juweta . Ruhila yang marah dengan kata-kata kak Jo terus menampar pipi Kak jo. Episod 5 berakhir di situ.
bersambung...
Adakah Ruhila menerima pendapat Kak Jo?
Bagaimana pula dengan Juweta? Adakah dia akan menyerang Azlan dan Ruhila? Sama-sama kita tunggu episod 6 malam ni ye.
Ulasan Episod 5
Pada Fiza, agak keterlaluan la merampas semua hak milik orang lain. Pasti hidup kita tak kan tenteram.
Kemudian, cara menjatuhkan kawan dalam episod ni sungguh tragis. Walaupun first episod tak suka dengan watak Juweta, tapi bila melihat watak polos Ruhila yang sanggup makan kawan... Jadi kesian pulak dengan Juweta. Benci pulak tengok Ruhila dengan ibunya Che Salmah.
Tu la, dalam kehidupan sebenar.
Kita tak boleh percaya orang 100% dan tak semestinya orang yang nampak baik tu tak jahat. Malah, ada yang lebih jahat. Kesimpulannya, berkawan kenalah berpada-pada. Tak semua benda lebih-lebih lagi masalah rumahtangga boleh kita share dengan kawan.
Tonton Online : Episod 5 Takdir Yang Tertulis
#SlotSamarinda
#takdiryangtertulis
1 Comments
Belum sempat lagi tengok sampai Episod 5 ni. Nak layan marathon nanti :)
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.