Sinopsis Dan Ulasan Takdir Yang Tertulis Episod 6

Episod 5 bersambung...


Samarinda 2021

Ruhila menghalau Kak Jo keluar dari rumah. Kak Jo sempat memberi amaran pada Ruhila yang Juweta adalah ibu kepada Mika. Bukan Ruhila. Akhirnya Kak Jo keluar dari rumah tu.

Di pejabat pulak, Azlan merasakan staf lain  memandang serong padanya. Dia membuat pengumuman yang dia sedia dan menerima sesiapa sahaja yang ingin bekerjasama dengannya atau pun yang ingin keluar dari syarikatnya. 

Juweta masuk ke pejabat dan mencari Azlan. Dia bertanya, kenapa Azlan sanggup melakukan semua itu padanya. Azlan memberitahu yang Juweta tidak layak untuk semua itu. Namun, Juweta tetap memberitahu yang syarikat tersebut adalah milik ayahnya. 

Azlan menjelaskan yang staf lain turut tidak menyukainya. staf membuat petition untuk menyingkirkan Juweta. Juweta sangat terkejut. Azlan memberitahu, Walau apa pun terjadi dia tak kan mensia-siakan Juweta. Segala urusan syarikat akan diuruskan oleh Azlan dan Ruhila.

Azlan menyuruh Juweta balik berehat. Juweta melangkah perlahan untuk keluar. Tetapi tiba-tiba dia berpatah balik kearah Azlan dan menyerang Azlan. pengawal keselamatan masuk dan mengheret Juweta keluar. Juweta sangat marah dan pergi ke rumah pulak.

Di sudut yang lain...

Ruhila masuk ke bilik yang pernah menjadi milik Juweta. Dia teringat saat-saat dimana hubungan mereka masih baik.

Juweta sampai di depan rumah. Dia ingin bertemu dengan Mika. Mika yang sedang tidur terjaga apabila mendengar suara Juweta memanggilnya. Ruhila cepat-cepat menahan Mika dan menutup mulut Mika agar tidak diketahui Juweta.

Mika bergelut dan berlari turun ke ruang bawah. Dia membuka pintu dan memeluk Juweta. 

Baru sahaja Juweta ingin membawa Mika, Che Salmah muncul dari belakang dan menghalang Juweta dari membawa Mika. Di hadapan Mika, Che Salmah memberitahu yang Mika bukan anak kandung Juweta. Mika menangis dan Juweta terus memujuk Mika. Pengawal keselamatan terus menarik Juweta dan Che Salmah mengheret Mika masuk ke rumah.

Juweta tak tahu apa yang harus dilakukan nya. Dia berjalan seorang diri. Tiba-tiba seseorang menegurnya. Ean.. Bekas teman lelaki Ruhila. Ean berbincang dengan Juweta. 

Samarinda tv3

Ean mengingatkan kembali Juweta yang dia tidak pernah lupa apa yang Juweta katakan tentang dirinya pada Ruhila sewaktu mereka masih belajar dahulu.

Juweta bangun dan mahu beredar dari Ean. Dia tak mahu mendengar segala sindiran Ean padanya. Dia memberitahu Ean yang Ruhila adalah kawan baiknya dahulu. Jadi dia tak mahu orang lain berniat jahat terhadap Ruhila, tapi dia tak sangka Ruhila sanggup merampas suaminya. Sama seperti Ean yang tidak menyangka Azlan sanggup merampas Ruhila.

Ean terdiam mendengar kata-kata Juweta. Benar kata Juweta. Azlan yang dah tahu Ruhila adalah kekasihnya , tapi masih sanggup merampas Ruhila darinya. 

Kemudian, Juweta berjumpa dengan Hakim si peguam Azlan. Dia nak Juweta tandatangan surat penceraian. Tapi, Juweta kenakan syarat serahkan Mika kepadanya. Adakah mereka akan bercerai. Then, dalam masa yang sama Ean sering mengekori Juweta. Apakah agenda Ean. Kenalah tunggu next episode okeh!


Ulasan Episod 6 
Suka sangat dengan kemunculan Ean. So, berkuranglah juga rasa geramnya terhadap Azlan dan Ruhila. Mesti lepas ni, dorang tak senang duduk. Kan? 

Sebab Fiza rasa apa yang Fiza agak mengenai status Mika pada episod 4 mesti betul. Then, semua yang berlaku memang semuanya Che Salmah yang rancang. Kiranya Azlan dan Ruhila menjadi kambing hitam dalam agenda dia. Betul tak? Ke korang ada pendapat yang lain?

Tak sabar nak tunggu next episod.

#slotsamarindatv3
#takdiryangtertulis

Catat Ulasan

0 Ulasan