LELAKI ITU UNTUKKU 2 

Dah lama tak layan drama di RTM. Actually, ada jugak dramanya yang best. 

For those yang suka layan drama tv2. Bermula 28 Januari 2021, Drama lelaki itu untukku siri ke-2 mula disiarkan di slot violet, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 8:30 malam. 

Drama terbaru slot violet tv2

Drama bersiri 13 episod di bawah arahan Haizul Anafer Ali ini juga turut dibintangi para pelakon seperti berikut :-


WATAK PELAKON

Nur Risteena Munim sebagai Orked
Johan As'ari sebagai Izzman
Taib Azzamudin sebagai Emry
Ramona Zamzam sebagai Emalin
Hairie Othman sebagai Rahman
Zamarul Hisham sebagai Hamdan dan
Marisa Yasmin sebagai Maria

SINOPSIS LELAKI ITU UNTUKKU 2

Mengisahkan tentang Orkid. Setelah kematian Idlan, Orkid telah berkahwin dengan Emry.

Mereka tinggal di rumah ibu Emry. Walaupun telah berkahwin, Orkid masih tidak dapat melupakan Idlan. Dia masih teringatkan Idlan dan sering membandingkan Emry dengan Idlan.

Orkid dan Emry melawat resort yang diwasiatkan oleh arwah Idlan kepadanya. Resort itu dijaga oleh Pak Man dan isterinya. 

Orkid sering mengaitkan resort tersebut dengan bekas suaminya Idlan. Hal itu menyebabkan Emry kecewa dan tersinggung dengan sikap isterinya.

Adakah perkahwinan Orkid dan Emry bahagia? 

Sama-sama kita saksikan drama bersiri lelaki itu untukku di tv2. Selamat menonton semua. 

Actually, dah lama tak mengikuti perkembangan Risteena ni. Dengar cerita, dia baru je lepas bersalin. 

Dulu suka jugak tengok lakonan dia. Semenjak dah layan Astro, memang tak nampak pulak muka dia berlakon. Nanti, bila free boleh layan.

#slotviolet
#lelakiituuntukku