Megadrama Terbaru Gantikan Drama Tercipta Satu Ikatan Di Astro Ria

 

MARRY ME SENORITA ASTRO RIA 104 DAN RIA HD

Siapa layan megadrama di Astro Ria. Minggu hadapan akan disiarkan drama terbaru tau. Drama bersiri 20 episod tersebut berjudul Marry Me Senorita, lakonan Dini Schatzmann dan Janna Nick.

Senorita adalah Bahasa Sepanyol yang bererti panggilan untuk perempuan yang belum menikah.

Merupakan sebuah drama adaptasi novel Marry Me Senorita karya Suri Ryana. Di bawah arahan Nur Ain Sharif dari Juita Viden Sdn Bhd. Disiarkan mulai 2 Februari 2021, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria. Berikut adalah barisan pelakon dan watak yang mereka pegang dalam drama ni, antaranya :-

WATAK PELAKON 

Janna Nick sebagai Sofea Leia
Dini Schatzmann sebagai Isa Alehandro
Shaza Bae sebagai Rossa Arabella
Yasmin Hani sebagai Engku Marini
Dato Jalaludin Hassan sebagai Engku Aziz
Fadilah Mansor sebagai Ungku Zaharah
Yasmin Hani sebagai Ungku Marini
Siti Khadijah Halim sebagai Tina
Natasha Elyzza sebagai Shelli dan
Asha Merican sebagai Edora

Megadrama baru 2 Februari 2021 Astro Ria

SINOPSIS MARRY ME SENORITA

“Marry me, senorita.” - Isa Alejandro.

Tak habis-habis lelaki kacukan Sepanyol itu melamar Sofiy Leia sehingga gadis itu kusut dan serabut dibuatnya! Takkanlah nak terima lamaran lelaki yang baru dikenalinya tak sampai seminggu itu? Sudahlah lepas laku. Pengetahuan agama lelaki itu pulak boleh dikatakan zero!

Atuk dan nenda pun susah nak percaya yang cucu mereka mahu memilih gadis Muslimah seperti Sofiy sebagai bakal isteri.

“Lain pulak taste dia kali ni, abang….” - Engku Zaharah.

“Boleh percaya ke cucu bertuah awak tu nak kahwin dengan gadis begini?” - Engku Aziz.

Isa Alejandro hadir saat Sofiy Leia tidak mempunyai siapa-siapa dan berada dalam bahaya.

“Tak ke awak rasa pernikahan ini tak akan diberkati? Satu masa nanti awak akan tinggalkan saya, kan? Sebab awak tak cintakan saya. Perkahwinan sepatutnya menjadi satu ibadah. Kita harus ikhlas bernikah kerana Allah.” - Sofiy Leia.

“Berkat? Well, terus terang aku tak arif tentang itu. What I know, we’ll make a good pair and this is a win-win situation. Kau tolong aku dan aku tolong kau.” - Isa Alejandro.

Terpaksa atau rela? Itu bukan soalnya. Persoalannya sekarang, dapatkah perkahwinan ini bertahan sehingga ke akhirnya? Sudahlah mereka berasal dari dunia yang yang terlalu jauh berbeza. Si perempuan Sepanyol celup, Rosa Arabella a.k.a Rosmina Sukardi pun turut sama menagih cinta Isa Alejandro. Belum lagi bercakap tentang mama dan papa Isa Alejandro yang sukakan pelakon ‘sendu’ tu.

Dalam kekusutan, ada gelora cinta yang semakin membahang. Namun, bahagianya cuma sementara. Badai yang melanda memisahkan dua jiwa yang sedang asyik dilamun asmara.

Namun, benarkah apa yang telah ditakdirkan untuk kita, akan tetap menjadi milik kita akhirnya?

“Now pandang sini dan bagitau abang yang Sofiy tak cintakan abang.” - Isa Alejandro.

“Benarlah garis waktu tak akan mampu menghapuskan rasa itu.” - Sofiy Leia.

Masihkah ada harapan untuk cinta mereka mekar semula?

BACA NOVEL MARRY ME SENORITA ONLINE

Untuk makluman jugak, if korang nak tahu kisah di sebalik novel ni. Korang boleh baca novelnya secara online di https://www.wattpad.com/story/180438134-suri-ryana-marry-me-señorita. Di situ ada bab 1 hingga 14. If nak beli novelnya, ada jugak dijual di Shopee. Senaskah dijual dengan harga RM21 tak termasuk postage.

Daripada reviews yang pembaca buat, rata-rata mereka memberi rates 4/5 untuk novel ni. Menurut mereka, kisahnya very straight to the point. Kiranya, ringan dan santai. Tak memeningkan kepala.

Ya...

Sesuai sangatlah tu untuk ditonton time PKP ni. Kan?

Catat Komen

2 Ulasan

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com