Nantikan telefilem seram berjudul 44 hari bangkitnya pocong yang akan ditayangkan pada Sabtu ni, 30 Januari 2021, 9 malam menerusi Slot Citra Exclusive Di Astro Citra iaitu Saluran 108.

Telefilem slot Citra exclusive Astro Citra 30 Januari 2021

SINOPSIS PENUH DRAMA 44 HARI BANGKITNYA POCONG

Mengisahkan tentang Maimon yang meninggal dunia secara mengejut dan mula menjadi bualan orang kampung kerana sikapnya semasa hidup sememangnya kurang disenangi.

Jenazah Maimon terpaksa dikebumikan pada keesokannya kerana menunggu anaknya Aizat pulang dari Singapura.

Namun, tanpa diduga seekor kucing hitam telah melangkah mayat Maimon lalu jenazah Maimon bangun dan menyebabkan seluruh penduduk kampung melarikan diri.

Pada malam tahlil yang pertama, penduduk mula diganggu dengan ketukan pintu dan penampakan pocong. Suami Maimon, Anjang Kamal mula didatangi hantu pocong maimon yang meminta maaf.

Aizat yang sayangkan ibunya menghadapi dilema dalam menghadapi kecaman. Namun dalam masa yang sama cuba merungkai punca pocong Maimon mula menghantui penduduk kampung.

Satu persatu perbuatan terkutuk Maimon terbongkar termasuklah perbuatan Maimon yang memberikan nasi kangkang kepada suaminya, Anjang Kamal menjadikan Aizat semakin tertekan.

Mampukah Aizat menghentikan hantu pocong ibunya dari terus menghantui penduduk kampung? 

BARISAN PELAKON 44 HARI BANGKITNYA POCONG

Ellie Suriati sebagai Maimon
Kody Rasheed sebagai Aizat
Riezman Khuzaimi sebagai Anjang Kamal
Anne Abdullah, 
Raja Syahiran, 
Amalina Yusof dan
Deyana Desa

Dah lama tak tengok Riezman Khuzaimi berlakon. Daripada beberapa sumber, actually drama ni adalah garapan dari kisah viral baru-baru ni seperti bunyi kena ketuk pintu. Kisah pocong di Johor dan Pahang. Then, mayat bangun balik bila dilangkah kucing hitam.

Macam best.

In Shaa Allah, if berpeluang bolehlah tonton malam esok. 

Selamat menonton semua.