CARA SIMPAN CILI AGAR TAHAN LAMA

Alhamdulillah, di atas peluang dan ruang yang ada untuk Fiza terus berkongsi cerita. 

Orang perempuan, kalau tak cerita pasal benda di dapur memang tak sah. Betul tak?

Fiza rasa ramai yang dah tahu cara untuk menyimpan cili agar tidak mudah rosak kan. Memandangkan sekarang musim PKP 2.0, pastinya kita akan beli stok bahan mentah untuk seminggu dua. Kan! 

Lagi-lagi bahan mentah seperti cili, halia dan sebagainya. So, di sini Fiza nak ambik peluang la nak share macam mana nak simpan cili besar, tak kira hijau atau merah di dalam peti sejuk supaya sentiasa segar, rangup dan tak rosak.


Kaedah Menyimpan Cili Di Dalam Peti Sejuk Supaya Tak Cepat Rosak

Caranya mudah sahaja. Pertama, buang kesemua tangkai cili. Kemudian, kupas bawang putih tiga ke empat biji. Simpan cili beserta bawang putih tadi di dalam bekas yang kering dan bertutup. In Shaa Allah, dengan izin Allah cili akan tahan selama seminggu ke dua minggu. Yang penting, setiap kali guna pastikan bekas cili tersebut tidak berair. Jika ada yang mulai rosak, asingkan supaya ia tidak merebak ke cili yang lain. 

Ada orang, suka alaskan dengan tisu. Tapi Fiza tak letak pun tisu, sebab kalau lama sangat tisu tu lembab, takut pulak nanti berkulat. 

Mudah sangat.

Gambar di bawah menunjukkan cili yang Fiza simpan selama 5 hari dah. So far, still rangup dan segar. Takde yang rosak pun.

Petua mudah

Cara ni juga sesuai untuk menyimpan cili lain seperti cili padi dan sebagainya.

Korang pula bagaimana? Ada cara lain tak untuk menyimpan cili?

Jom! Kongsikan di ruangan komen. 

#PetuaDiDapur
#CaraSimpanCili