Assalamualaikum.
Selamat malam semua.

Bercinta dengan jin, telefilem terbaru di Astro Citra dan Citra HD | Kalau last weekends, kita disajikan dengan telefilem mohon hantuan. Kisah seram komedi. Sabtu weekend ni pulak, 26 Disember 2020 akan disiarkan telefilem bercinta dengan jin. Telefilem seram romantik yang diinspirasikan daripada kisah benar, lakonan Uyaina Arshad, Yusuf Bahrin dan Raja Syahiran. Berikut adalah info ringkas mengenai telefilem tersebut.

JUDUL : BERCINTA DENGAN JIN

WAKTU SIARAN : Sabtu, 26 Disember 2020, 9:00 malam.
IDEA ASAL : Dian Mayasari Suri, Irwan Rauf.
SIARAN TV : Astro Citra & Citra HD.
PENULIS SKRIP : Baizura Kahar.
PENGARAH : Irwan Abdul Rauf
PRODUKSI : Motiofixu Sdn Bhd, SilentKaiju Studio.
PELAKON : Uyaina Arshad, Yusuf Bahrin, Raja Syahiran dan Charlie Numan Salleh.

telefilem 26 Disember 2020 astro citra
Sumber dari Myinfotaip

SINOPSIS BERCINTA DENGAN JIN

Kisah Maya dan Cikgu Haikal.

"Orang yang paling aku sayang pun tidak percayakan aku" - Maya

"Haikal mahu tunang Maya rasa seperti apa yang Haikal rasa" - Haikal

Biasanya kan, kalau diinspirasikan daripada kisah benar. Mesti seram. Tengok video trailer di youtube pun, macam best je jalan ceritanya di mana Maya mempunyai kebolehan melihat benda halus. Adakah Maya dirasuk Jin lalu bercinta dengan Cikgu Haikal. Ataupun cikgu Haikal yang menjadi jelmaan Jin?

Wallahu'alam, itu cuma andaian Fiza. Nak tahu kisah sebenar di sebalik telefilem bercinta dengan jin, kenalah tunggu tayangannya malam esok jam 9 malam di Astro Citra dan Citra HD.

#TelefilemTerbaru
#BercintaDenganJin