![]() |
Siapa suka tudung color beige, ni adalah kombinasi warna pakaian yang boleh diaplikasikan |
![]() |
For those yang suka pakaian color gorgeous, kemudian nak mix and match warna dengan tudung... Bolehlah guna sample color combination ni. |
![]() |
Kalau nak kelihatan color purple sedondon dari tudung, baju, handbag dan kasut... Bolehla guna combination warna di atas. Sangat cantik 😊 |
![]() |
Nak mix and match colorful pun boleh. For those yang suka pakai tudung dan baju color blocking... Ini adalah contoh konbinasi block color yang bersesuaian. |
![]() |
Pinktone color combination sangat sesuai untuk mereka yang suka pakai pakaian pink tapi tak tahu nak match kan color tudung dengan color apa. |
![]() |
Exotic color. Kombinasi warna yang kekadang menjadi tema makan malam. Nak mix and match color tudung dan baju, bolehla guna panduan kombinasi warna ni. |
![]() |
Beach color combination pun cantik. Soft je warnanya. Kan? |
58 SENARAI NAMA-NAMA WARNA PADA PAKAIAN
CONTOH PADANAN WARNA BAJU DAN TUDUNG YANG BERSESUAIAN BERDASARKAN RAJAH COLOR COMBINATION DI ATAS
Ok! Untuk padankan warna baju dengan tudung, Fiza kongsikan di sini beberapa contoh based on warna-warna yang disarankan seperti di atas. Contohnya :-
+ Baju hitam sesuai dengan warna tudung apa?
Jika dilihat pada kombinasi warna di atas, hitam tergolong di dalam warna yang gorgeous dan exotic. Jika memilih warna hitam untuk baju, tak kira berbunga atau plan. Warna tudung yang sesuai untuk dipadankan dengan hitam adalah seperti warna plum, purple, violet, dark brown dan mustard.
+ Warna baju emerald green sesuai dengan tudung warna apa?
Warna Emerald Green pernah viral sekitar tahun 2003. Warna ini melambangkan kemewahan, walaupun ringkas tapi sangat elegan bila digayakan. Pemilihan warna baju bewarna Emerald Green boleh dipadankan dengan warna tudung berwarna Gold, Camel Brown, dan Fern Green.
+ Baju hijau lumut sesuai dengan tudung apa?
Manakala untuk baju bewarna hijau lumut pula, warna yang sesuai untuk dipadankan dengannya sebagai warna tudung adalah beach color combination iaitu warna-warna lembut seperti beige, camel, copper, celery dan turquoise.
+ Baju warna coklat lembut sesuai dengan tudung warna apa?
Warna Soft Brown sering digunakan oleh wanita bekerjaya, usahawan dan golongan professional. Warna ini kelihatan semulajadi, mereka yang memilih warna ini sering dikaitkan dengan sikap matang dari usia. Pemilihan warna tudung berwarna Dark Gold, Dark Greyish Blue, dan Black amat sesuai untuk dipadankan dengan baju coklat lembut berbunga ataupun tidak.
+ Baju warna pink belacan sesuai dengan tudung warna apa?
Bagi yang meminati warna pakaian terutamanya baju yang bewarna pink belacan, warna tudung yang sesuai untuk dipadankan dengan baju pink belacan adalah warna-warna yang berada pada kelompok pinktone color combination seperti blue, green dan violet.
+ Baju coklat sesuai dengan tudung warna apa?
Kemudian, untuk yang sukakan pakaian bewarna coklat. Then, tak tahu nak padankan dengan warna tudung apa. Actually, based on tone warna di atas, kebanyakkannya berada pada beigetone dan exotic color combination di mana warna tudung yang boleh dipadankan dengan warna coklat adalah seperti warna cream, yellow, celery dan olive.
+ Baju warna gold atau kuning sesuai dengan warna tudung apa?
Warna kuning atau warna emas? Mesti kita akan kaitkan dengan warna di raja kan. Ramai yang tidak menggemari warna kuning kerana warna ini mencocok mata. Walaubagaimana pun, warna kuning selalu dikaitkan dengan keceriaan, bertenaga dan aura positif. So, warna tudung yang sesuai dengan warna gold atau emas adalah Sage Green, Cranberry dan Peach.
+ Baju warna Red Maroon sesuai dengan warna tudung apa?
Mereka yang memilih warna Red Maroon ini sering dikaitkan dengan kebijaksanaan. Mereka juga sangat berani dan bersemangat dalam apa jua peluang dan bidang. Pemilihan warna Red Maroon sebagai warna baju juga boleh dipadankan dengan warna tudung berwarna Salmon, Pastel Yellow, dan Chocolate.
+Baju warna royal purple sesuai dengan tudung warna apa?
Warna Royal Purple pulak selalu menarik minat golongan yang berfikiran kreatif kerana warna ungu dapat meningkatkan pemikiran dan menenangkan otak. Pemilihan warna Royal Purple pada baju plan atau berbunga boleh dipadankan dengan warna tudung berwarna Light Lavender, Ocean Green, dan Deep Red Violet.
+ Baju warna soft pink sesuai dengan tudung warna apa?
Warna Soft Pink sering dikaitkan dengan feminism. Lebih bersifat kewanitaan dan ceria. Warna yang sentiasa menjadi pilihan remaja perempuan pada masa kini. Pemilihan warna Soft Pink pada baju samada plan atau berbunga, boleh dipadankan dengan warna tudung berwarna Mauve, Soft Red, dan Beige.
+ Baju warna deep silver grey sesuai dengan tudung warna apa?
Warna Deep Silver Grey memberi efek mewah kepada yang memakainya, mereka yang menyukai warna ini juga sangat berfikiran jauh. Pemilihan warna Deep Silver Grey boleh dipadankan dengan warna baju berwarna Dusty Pink, Blue Grey, dan Soil Brown.
+ Baju warna biru sesuai dengan tudung warna apa?
Jika dilihat pada combination warna-warna di atas, warna biru terletak pada table colorful dan beach combination. Jadi, antara warna tudung yang boleh dipadankan dengan baju bewarna biru adalah seperti Dark green, dusty mint, putih dan meroon.
+ Baju warna kelabu sesuai dengan tudung bewarna apa?
Manakala untuk warna kelabu, ia tergolong di dalam beigetone dan gorgeous color combination. Jadi, jika ingin menyesuaikan baju bewarna kelabu dengan tudung. Warna yang sesuai adalah seperti Dusty pink,blue grey dan coklat.
+ Baju warna purple sesuai dengan tudung warna apa?
Untuk baju bewarna unggu pulak, warna tudung yang sesuai untuk dipadankan adalah seperti grey, celery dan dark blue. Ia berdasarkan rajah purpletone color combination.
Tu antara contoh padanan warna baju dan tudung yang boleh diaplikasikan. Sebenarnya ada banyak lagi pilihan warna. Yang pasti semuanya datang dari table padanan warna-warna di atas. Semuanya telah dipadankan dengan cantik. Tinggal nak pilih je warna apa yang kita nak padankan.
Semoga bermanfaat.
10 Ulasan
wah menarik lah siap ada padanan macam2 warna pula tu
BalasPadamKan... Lebih-lebih lagi tone warna dia. Nampak teserlah.
Padampayah nak match ni...akak selalu belasah je janji tak pelik sgt...hhee
BalasPadamFiza pun kekadang belasah gak. Janji tak nampak pelik. 😊
PadamKalau warna baju kelabu berbunga2 dengan skirt warna pink cun tak?
BalasPadamCun, nanti saya buat entri khas untuk tunjukkan kesesuaiannye. In shaa Allah 😊
Padamcucur keladi? wahh sedap tu.
BalasPadamsaya suka pakai tudung hitam dan warna natural. senang nak mix and match.
Samalah kita Fiza. Suka tudung hitam. Senang nak match. Semua sesuai. Kan? 🤭
PadamSalam semua. Baju plain warna aqua marine sesuai tudung warna apa?
BalasPadamBaju plain warna 'aqua marine' sesuai tudung warna apa ya?
BalasPadamTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
fizalinolie@gmail.com