Assalamualaikum.
Good Morning.

Telefilem Mohon Hantuan, Di Astro Citra 19 Disember 2020 | Simple update, Fiza nak share telefilem terbaru Sabtu ni di Astro Citra dan Citra HD, Mohon Hantuan lakonan Saharul Ridzwan dan Azar Azmi.

Telefilem terbaru 19 Disember 2020
Sumber dari Myinfotaip

Ia merupakan telefilem seram komedi. Seram, tapi ada jugak elemen lucu diselitkan. First time tengok Saharul Ridzwan berlakon ala-ala komedi. Digandingkan pulak dengan Azar Azmi. Adakah lakonan mereka mampu mencuit hati penonton, kenalah tunggu masa tayangannya nanti.

Sinopsis Telefilem Mohon Hantuan

Daripada video trailer yang disiarkan di youtube, macam best je kisahnya. Di mana Saharul Ridzwan sering kali bermimpikan hantu. Sampai satu tahap, hantu tu betul-betul muncul. Apakah tujuan hantu tu muncul? Yang tula menjadi persoalan dalam telefilem ni. Bukan tu je, ramai pulak tu hantu-hantu nye. Macam satu family. Haha... Macam best pulak Fiza tengok. Apa-apa pun, berikut sedikit info berkaitan telefilem mohon hantuan.

JUDUL : MOHON HANTUAN

WAKTU SIARAN : Sabtu, 19 Disember 2020, 9:00 malam
SIARAN TV : Astro Citra dan Citra HD
PENULIS SKRIP : Shaza Talib
PENGARAH : Ismail Bob Hashim
PRODUKSI : Dream At Work Sdn Bhd
PELAKON : Sharul Ridzwan, Azar Azmi, Jay Iswazir, Zalif Sidek, Riena Diana, Tajuddin Bakar, Zarina Zainuddin, Esma Daniel.

That it's sedikit info berkaitan dengan telefilem terbaru yang bakal ditayangkan Sabtu ni di Astro Citra dan Citra HD. Selamat menonton.

#TelefilemAstroCitra
#TelefilemMohonHantuan