Contoh Kaunter Bar Simple Di Rumah

Contoh Kaunter Bar Simple Di Rumah - Sejak bercadang nak bina rumah lagi, Fiza dah berangan nak ada kaunter bar di bahagian dapur... Yang mana akan jadi pemisah antara ruang tamu dan dapur. Puas jugaklah cari contoh² kaunter bar di google, dari yang mewah sampaila yang paling simple. Then, setelah direka-reka... Akhirnya, terbinalah kaunter bar seperti berikut... Terima kasih buat encik suami kerana sudi merialisasikan cita² isterimu ini. Gitewww... 😂😂😂

Rekaan dalaman rumah

Kenapa Fiza Nak Buat Kaunter Bar Sebenarnya? 

First things first, of course la... Bajet untuk beli set meja makan yang diidamkan tak cukup lagi. Atleast, bila ada kaunter bar... Boleh menabung dulu buat sementara waktu. Al-maklumlah, encik suami sorang je yang bekerja... So, kenalah berbelanja dengan berhemah. 

Lagi pun, kami anak beranak 4 orang je. Ni dah ada Dhia... Nanti boleh beli kerusi makan baby 1 buat sementara waktu. Dah cukup bajet... In Shaa Allah, nanti kita beli set meja makan pulak yer. Alasannn kan... Ada je meja makan murah sebenarnya. Hahaaha...

Sebab kedua pulak... nak buat kelainan, kira macam rumah moden sikit la kiranya. Tak banyak sangat perabot dan berstyle... Giteww. Haha... 

Ketiga pulak... Berangan kalau boleh, nanti kaunter bar tu... Boleh jadi tempat melepak, membawang kami suami isteri sambil minum kopi, makan cucuq udang... Bila semua orang takde kat rumah... Kaunter bar boleh jadi tempat Fiza melepak, menaip blog sambil minum². Santai... Kan? Sambil² menonton tv... 😊

Di Mana Nak Beli Kerusi Untuk Kaunter Bar? 

Before rumah siap lagi, bila balik Samarahan... Confirm survey barangan dan perabot untuk rumah... Dah siap semuanya. Apalagi, terus pegi beli. Untuk kerusi kaunter bar Fiza tu... Kami pilih kerusi jenis besi. Senang nak cuci dan paling penting,  tahan lasak. Harga untuk seunit adalah RM159. Untuk meja kaunter bar... Tukang buat rumah yang buatkan... Melekat terus di dinding. Senang... Bahagian atas meja pulak... Fiza guna mozek color hitam bersaiz 2 x 2 kaki. Sangat cantik... Sesuai bebeno dengan saiz tudung salji segiempat yang ada di pasaran. Pendek kata... Design yang Fiza pilih ni memang comel. Suka sangat². 

Oh! Ya, for those yang tercari-cari barangan hiasan rumah ataupun perabot... Terutamanya yang tinggal berdekatan Samarahan, Korang bolehla datang di kedai berikut... Banyak sangat pilihan yang ada. 


NO25,LOT2207,WISMA MIN LIONG,JALAN DATO MOHD MUSA 
94300 Kota Samarahan
Sarawak
Malaysia
tel no. 016-2898080

Opening Hours
Mon:8:30 am – 6:30 pm
Tue:8:30 am – 6:30 pm
Wed:8:30 am – 6:30 pm
Thu:8:30 am – 6:30 pm
Fri:8:30 am – 6:30 pm
Sat:8:30 am – 6:30 pm
Sun:9:00 am – 5:30 pm

Tu antara salah satu design dalaman rumah yang menjadi pilihan Fiza... Untuk warna pulak... Nak tau warna apa pilihan Fiza... Boleh baca di entri sebelum ni... 

📑 Cat pilihan untuk dalaman rumah

Next projek, kabinet dapur pulak... Buat slow²... In Shaa Allah, nanti tercapai jugak hajat. Mudah-mudahan hendaknya. Aamiin... 

Post a Comment

3 Comments

  1. Wah... less is more... cantek ya simple jak... minimalist concept... kmk dh lmk teringin nk ke ML tp lom tercapai hasrat... bila nk pegi jak urg madah byk brg xda stok alu malas nk ke samarahan.. rasa jauh gilak jak samarahan ya padahal xda lah jauh ne pun.. hihi

    ReplyDelete
  2. Cantik kitchen ada kaunter bar dan kerusi tinggi tu. Tq share, kot ada bajet nanti bolehlah buat juga.

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com