Percaya Kepada Kepimpinan Dan Hidup Mesti Ikut Peraturan

Percaya Kepada Kepimpinan Dan Hidup Mesti Ikut Peraturan - Sehingga semalam 6 Oktober 2020, kes terbaharu harian Convid-19 di Malaysia telah pun mencecah 600 lebih... Di mana ia merupakan angka tertinggi setakat ni... Semenjak Convid-19 melanda Malaysia. Agak membimbangkan... Bukan? 

Convid-19

Jangan panik... 

Fiza percaya pihak kementerian memandang serius perkara ini dan mereka pasti sudah pun mengambil langkah² yang lebih drastik. That why, angka tersebut naik secara mendadak. Dengan adanya pembangunan Aplikasi Mysejahtera dan ujian saringan secara besar-besaran... Mudah-mudahan mereka yang positif dapat terus dikesan secara pantas dan tuntas

Malah, jika dilihat perkembangan semasa pun... Seperti yang di war² kan oleh Perdana Menteri kita semalam, Tiada PKP dijalankan di Seluruh Malaysia... Tetapi sebaliknya PKP dilakukan secara lokaliti... Iaitu hanya melibatkan kawasan yang berstatus merah. 

Fiza percaya, pihak kementerian pastinya ada alasan yang tersendiri. So, sebagai rakyat Malaysia... Kita kena akur... Dan, Sekarang bukanlah masa untuk kita main tuduh menuduh... Sebaliknya masa untuk kita terus mengikut peraturan SOP dengan lebih patuh dan bukannya sambil lewa. 

Ingat! Jika kita ambil isu ini sebagai benda main²... Tak mustahil, ia akan menjadi semakin teruk. Nauzubillah...

Amalan norma baharu

Sama-samalah kita memainkan peranan masing-masing dengan keluar bila perlu... #stayathome. #kitabelummenang #kitajagakita... Dan, jangan lupa muatturun aplikasi Mysejahtera. Elak 3S sebagai langkah utama norma baharu. Malaysia pasti menang... Yang penting jangan sebarkan berita palsu. #prayforsabah #prayforkedah. Malaysia pasti boleh. In Shaa Allah... Mudah-mudahan. Sama-samalah kita berdoa dan mainkan peranan masing-masing. 

Sekian... Nota sekadar meluah rasa. Salam Subuh everyone. 😊


🔖Nota Kaki : Tuntas bermaksud bersifat menyeluruh dan lengkap

Post a Comment

3 Comments

  1. Tapi tetap ralat juak sbb mun sidak x berduyun-duyun turun kempen x juak melarat gilak gitok.. dah lah masuk ke kwsn wabak pasya dah balit x kuarantin dirik.. hmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah.... Harap graf convid-19 menurun balit dalam seminggu tuk. Pernah adik kmk kerja di penjara madah... Mun convid merebak di penjara eh... Abis katanya. Kan ndak bena nok di kedah ya... Paling banyak kes di penjara Kedah.

      Isu di Sabah ya... No komen, part² politik malas mok cakap.

      Delete
  2. Peningkatan jumlah kes makin merisaukan. Risau. kesian frontliner kita penat. Dapat juga message dari MKN tu. Harap kes makin menurun lah hendaknya. Aaminn

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com