Cat Pilihan Untuk Rumah Baru

Cat Pilihan Untuk Rumah Baru - Assalamualaikum, hai... Harini cuaca agak mendung, tapi tak menghalang kami suami isteri untuk mengecat dalaman rumah. Setelah hampir setahun... Alhamdulillah, rumah kami hampir siap. In Shaa Allah, before Fiza bersalin kot... Kami akan berpindah. Dah 5 tahun dah umur Ain... Barulah berpeluang punyai rumah sendiri. Syukur sangat². Allah permudahkan segala-galanya. Tak sangka pulak, target encik suami nak ada rumah sendiri before umur 40 tahun tercapai.

Jenama nippon paint
Sumber dari google image

Kini, dalam fasa mengecat dan membeli barang hiasan rumah. Tapi, beli yang termampu jela... Dulu. Al-maklumlah, encik suami sorang je yang bekerja... So, tak dapatlah nak demand right. Bersyukur dengan apa yang ada...

Sikit-sikit,  lama-lama jadi bukit. Fiza percaya... One day nanti, semua kelengkapan pasti mencukupi... Yang penting, kenalah bersabar. Kan! 😊

Okey!

Jenama nippon paint
Sumber dari google image

Warna Puritan Black Menjadi Pilihan

Bercakap pasal mengecat, alhamdulillah... Kami suami isteri berpakat untuk pilih cat jenama nippon paint je untuk rumah. Walaupun agak mahal bagi kami, tapi warna dia sangat cantik dan berkualiti. Kami pilih tone warna puritan black sebagai tema. Untuk deko, agar cat dinding dipelbagaikan... Fiza akan ambik beberapa color lain untuk dipadankan. Biasanya Fiza akan guna color pallete yang terdapat di pinterest.

Sumber dari pinterest

So, sesuailah dengan langsir yang Fiza pilih. Kelabu muda plus sedikit puritan black. Total up untuk 6 tingkap utama termasuk kayu penyangkut langsir... Semuanya RM856.90. Fiza beli di kedai supersave je pun. Kualiti kain memang tip top.

Selain itu, Fiza ada jugak google stail mengecat yang orang dah buat...  Then, terdapat beberapa stail cara mengecat ruang dalaman rumah yang Fiza berkenan. Tapi takdelah 100%. Maybe ada sedikit yang perlu diubah nanti... In Shaa Allah...

Sumber dari google image

Alhamdulillah, walaupun mengandung Fiza ambik peluang yang ada untuk menolong encik suami mengecat jugak. Duduk sambil mengecat. Hehe... Bahagian yang sampai jela Fiza mampu tolong. So far, 40% ruang telah siap dicatkan. Nanti bila dah siap semua. In shaa Allah... Akan Fiza kongsikan di sini hasilnya.

Ruang warna puritan black

Kenapa pilih cat jenama Nippon Paint?

Mula² kami suami isteri takde terfikir pun nak beli cat nippon paint. Tapi, bila dah lama sangat nak decide. Apalagi, encik suami... Terus cadangkan guna cat Nippon paint jelah. Fiza pulak malas nak fikir banyak. On jelah. Tapi color... Dekorasi memang encik suami serahkan pada Fiza. Dah lama berkenan dengan color puritan black sebenarnya. Bila survey... Ada pulak color tu untuk Nippon paint. Apalagi terus jatuh cinta.

Setakat ni... Sehari selepas di cat... So far, bila Alia dan Ain cuba bersandar di dinding... Alhamdulillah, terbaik! Takde pulak kesan cat melekat di baju. Pendek kata, catnya tak pudar. Bau pun just nice je... Tu based on pemerhatian Fiza setelah dua hari di cat okey... Yang orang kata Nippon paint tahan lama... Kalis air, anti fungus semua tu... Wallahu'alam. Feedback tang tu kena tunggu setahun dua setelah penggunaan kot... Baru boleh sembang. Betul tak?

Settle bab pilih cat. Alhamdulillah...

Manakala... Projek ubahsuai seterusnya bagi kami adalah untuk mencari pakar cat rumah untuk menolong kami cat bilik anak dan cat lantai simen di luar rumah kami.

Korang ada idea tak?

Post a Comment

10 Comments

  1. tahniah..seronoknya ada rumah sendiri..doakan kami pun merasa ada rumah sendiri. salam kenal done follow sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Cik Bunga. Alhamdulillah.

      Semoga Cik Bunga dan suami pun cepat² dapat memiliki rumah sendiri jugak. Aamiin...

      Apa² pun Cik Bunga, terima kasih sebab sudi singgah, komen dan follow blog Fiza. Selamat berkenalan. 😊

      Delete
  2. Terima kasih Noe. Dalam keadaan sarat mengandung la ni, excited'nya takdelah sehebat mana. Biasa² je. Hehe...

    ReplyDelete
  3. Tahniah Kak Fiza dapat oindah rumah baru. Selamat mendeko! ^^

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Kan... Tu yang membuatkan Fiza pun tertarik nak mendeko bila tengok warna² cat yang menarik tu.

      Delete
  5. Alhamdulillah. mesti tak sabar nak pindah rumah baru. Fiza pun suka nippon paint tapi ada campur juga dengan cat jotun dan sancora. cat nippon tu Fiza beli black onyx untuk grill dan gate..warna memang lawa kan nippon ni. harga dia memang mahal setanding kualiti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan Fiza. Cantik je warna dia. Kan?

      Delete
    2. warna dia memang cantik. Lama ambil masa nak memilih warna cat :)

      Delete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com