Pembaharuan Domain Blog - Assalamualaikum, hai... Korang apa khabar? Fiza pulak, Alhamdulillah sihat... Cuma, lately jarang nak update blog.

Namun, syukur... Harini Fiza berpeluang untuk update blog dengan cerita tentang domain. Alhamdulillah, tahun ni merupakan tahun ketiga Fiza menggunakan perkhidmatan NetKL. So far,  setakat ni... Sangat² mudah berurusan dengan mereka. Nak buat pembaharuan Domain pun senang.

Pembaharuan Domain Blog

Bila Kena Renew Domain? 

Kebiasaannya, sebulan sebelum domain blog expired... NetKL akan menghantar email pemberitahuan tentang pembayaran renew. So... Senang. If kita takde duit dalam masa tu... At least, kita boleh kumpul duit before due date. Betul tak?

Cara Renew Domain Dengan Mudah

Last two weeks Fiza dapat email dari mereka. So, malas nak fikir banyak... Fiza terus bayar. Senang je... Bayar bawah bank yang NetKL guna, masukkan ID reference dan Invoice Number. ID reference dan Invoice number nanti dorang akan attach bersama email pemberitahuan. Lepas dah settle bayar... Emailkan kepada NetKL balik pasal pembayaran dan sertakan attachment screenshot pembayaran. Dah settle... Kemudian, tunggu jelah dalam masa 15 ke 30 minit... Mereka akan reply email kita balik untuk sahkan, samaada kita dah bayar atau belum.

Mudah kan?

Alhamdulillah, akhirnya domain blog fizacrochet telah diperbaharui lagi dan akan expired pada 14.02.2021 next year. In Shaa Allah...

Korang pulak, bagaimana... Guna perkhidmatan pihak mana untuk uruskan domain blog korang?