8 Months Already!

8 Months Already!
- Assalamualaikum, hai... Lamanya Fiza tak update, sebulan... Kan? Actually, Fiza ada je. Idea ada, tapi malas nak update. Bila dah masuk 8 bulan usia kandungan ni... Susah nak bergerak. So, curi jugak masa yang ada untuk update. Hehe...

Alhamdulillah, sekarang Fiza dah berada di trimester ketiga kehamilan... Iaitu minggu ke-35, senang cerita... Dah 8 bulan lebih dah Fiza lalui fasa kehamilan. Still Follow up dengan doktor pakar O&G Sri Aman.

Echo Dan Pasang Hotter Disebabkan Nadi Laju Semasa Mengandung

Before ni, Fiza pernah cerita right pasal di awal kehamilan... Di mana Fiza mengalami nadi laju. Doktor syak Fiza mengalami Whitecoat hypertension. Yes! Palpitasi... Tiap kali ke klinik akan mengalami jantung berdebar dan akhirnya nadi menjadi laju, tapi di rumah normal pulak. So, sudahnya Fiza kena refer ke IJN Samarahan. Dua hari berurusan di situ... Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Result pun ok, takde masalah. Bak kata doktor... Hormon time mengandung tak stabil, nanti dah bersalin... Hilanglah tu. So, monitor jela... Seperti kebiasaan. If ada sebarang masalah... Cepat² ke hospital berdekatan. 

Pengalaman Pasang Eco Dan Hotter Semasa Mengandung

Dah alang² bercakap pasal nadi laju, Fiza nak share jugaklah pengalaman buat echo dan hotter di IJN Samarahan. Temujanji Fiza actually pada 27/1 iaitu jatuh pada cuti sekolah bersempena dengan Chinese New Year. Entah! Macam mana dorang setkan tarikh temujanji... Padahal 27/1 tu cuti. Nasib baik the next day masa buat echo ada yang tak datang... So, Fiza bernasib baikla buat sekali harung. Before buat hotter, kena bawak bateri 2AA. Hotter akan di pasang di bahagian dada selama 24 jam. Bawa balik dan tak dibenarkan mandi. Adoi! Tak selesa tidur malam dibuatnye tau. 

Pemasangan hotter

Bila dah bukak pada pagi 29hb... Mak aii, badan Fiza naik gatal². Nasib baik tiga hari je. Lepas follow up di IJN. 30hb pulak jumpa pakar di O&G Sri Aman pulak untuk review result hotter dan echo. 

Selain tu, nak tengok perkembangan baby pun ia. So far perkembangan baby ok. Berat dah pun 2.005kg. Air ketuban pun 10.7cm. Then 27/2 iaitu last weeks Fiza sekali lagi ke Sri Aman untuk follow up kandungan. Alhamdulillah... Air ketuban 13cm, berat baby pulak 2.947g. Alamak! 35 minggu dah 2.947g tu... Risau pulak Fiza oiii...

Berat dah pun naik sampai 58kg dah... Best on pengalaman masa mengandungkan Ain dan Alia... Dua minggu before bersalin, berat naik 61kg... Then, turun sekilo seminggu before bersalin. Kali ni pulak tak tau la... Dulu, Alia lahir 2.9kg... Ain pulak 2.8kg. Hurmmm... Kena kurangkan balik ambik gula ni. Haha... 

So far, kelengkapan bersalin pun dah siap 80%... Cumanya tak packing lagi. Next two weeks kot... Start masuk beg. Entahla, sejak masuk 8 bulan ni... Asyik mengah je. Semua benda macam malas je... Nak buat.

Nanti 10/3 sekali lagi ke Hospital Sri Aman untuk buat detail scan... Sebab baby tak engaged lagi. Still breech. Harap²... Next temujanji semuanya dah engaged dengan berat yang elok la kan. Pakar ada jugak tanya haritu... Nak bersalin hospital mana? Tak decide lagi... Tapi hospital kerajaan tu memang confirm la. Suami kata, bersalin je di hospital Sri Aman... Nantila, masa temujanji 10/3... Bagitau balik dorang.

Pergerakan baby pulak... So far Alhamdulillah, aktif sangat²... Sampai perut bergelombang dibuatnya. Syukur sangat², Allah beri peluang sekali lagi untuk merasai moment indah tersebut. Nanti, dah bersalin... Mesti rindu dengan saat² mengandungkan. Haha... Betul tak?

Tu antara lain kisah kehamilan Fiza untuk minggu ke-35. Nanti kita sambung dengan cerita lain pada entri seterusnye. Terima kasih kerana sudi baca entri Fiza ye. Tanpa korang sunyilah blog ni.

Post a Comment

5 Comments

  1. Semoga dipermudahkan urusan kelahiran baby nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...
      Terima kasih atas doanya pakcik. Semoga urusan kita semua dipermudahkan hendaknye.

      Delete
  2. semoga dipermudahkan segala urusan bersalin fiza nanti, aamiin aamiin

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com