Sotong Masak Sos Mudah Dan Sedap, Anak-Anak Pun Suka

Sotong Masak Sos Mudah Dan Sedap, Anak-Anak Pun Suka - Assalamualaikum, hai... Selamat berhujung minggu semua. Hujung minggu korang tak ke mana² ke? Fiza pulak... Weekend kali ni memang stay rumah je. Di luar asyik hujan... So, malasla nak keluar. Bila dah malas... Plus hujan², apalagi... Perut asyik lapar je keje. Hehe...

Lunch, selain buah betik dan sawi tumis... Fiza masak sotong sos. Cukupla 3 menu untuk empat beranak... Yang penting sayur, buah dan lauk cukup... Dah syukur. Janji kenyang. Kan?

Sotong masak sos 2020

Resepi Sotong Sos Paling Simple

Bercakap pasal sotong masak sos, Fiza jugak nak share la cara Fiza masak... Sebab stail Fiza ni untuk budak² yang suka makan sotong, tapi tak suka makan pedas... Macam anak² Fiza.

Bahan yang diperlukan...

  1. 500 gram sotong
  2. Bawang holland dipotong
  3. 5 ulas Bawang putih dihiris halus
  4. 5 ulas bawang merah dihiris halus
  5. Sos cili
  6. Cili untuk hiasan
  7. Maggie secukup rasa dan
  8. Sedikit minyak untuk menumis

Cara membuatnya pulak...

  1. First, cuci bersih sotong... tak nak buang kulit luar pun boleh.
  2. Then, tumiskan bawang merah dan bawang putih... Bila dah naik bau, masukkan sotong... Masukkan sedikit air.
  3. Setelah itu, masukkan sos. Bila hampir masak... Masukkan bawang holland, cili merah dan perasakan dengan sedikit perencah maggie secukup rasa.

Siap!

Mudahkan? Selamat mencuba...

Alhamdulillah... Alia dan Ain makan bertambah-tambah bila ada sotong. Mak dorang je kekadang malas nak buatkan. Yelah! Fiza sejenis yang malas nak siang sotong... Huhu... Boleh pulak gitu yer.

Post a Comment

13 Comments

  1. Waalaikumussalam. Masak sambal, anak2 saya pun suka 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Budak² memang rata² suka sambal lagi² sotong. Bertambah-tambah nasi dorang. 😊

      Delete
  2. Replies
    1. In Shaa Allah, sedap pakcik... Lagi² kalau pedas. Tapi ni resepi budak². Hehe...

      Delete
  3. Resepi sotong yang simple dan sedap nih 😋👍🏻

    ReplyDelete
  4. wahhh nmpk sedap! nt boleh try.. =)

    ReplyDelete
  5. sedap.. janji tak pedas, budak2 suka je makan. senang masak sotong,takde tulang..senang nak makan kalau budak2

    ReplyDelete
  6. kamek pun selalu masak keda tok. simple dan nyaman.

    ReplyDelete
  7. Baca2 dah habis. Simple nya. Boleh cuba ni

    ReplyDelete
  8. Sedapnya sotong masak sos. Boleh cuba resepi kak fiza ni. Tq kak

    ReplyDelete
  9. semua hidangan sotong kite sukaaaa hehe.. yg simple cemni kdg2 makan brtambah tuuu..

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com