Apakah Fungsi Soak Pada Mesin Basuh? | Assalamualaikum. Apa khabar? Harini ada yang cuti dan ada pulak yang bekerja. Apa² pun yang kita buat... Breakfast kena diutamakan sebelum memulakan aktiviti. Dah breakfast ke belum?

Fiza pulak, lepas breakfast  dan tengok suami keluar rumah... Seperti biasa, akan scroll fb dulu... Baca news dan update apa yang patut. Hehe...

Pagi ni Fiza tertarik dengan satu status ni...  Berkaitan mesin basuh. Fiza mengaku tak semua function yang ada pada mesin basuh tu Fiza tahu. Dulu masa mesin basuh mak problem keluar tanda dE errorpun Fiza google. Alhamdulillah, boleh baiki sendiri.

 Baca Juga  : Solusi bila mesin basuh keluar tanda dE error

Berbalik pasal status FB tadi. Kisahnya berkaitan button soak. Semua mesin basuh ada ke function tersebut?. Rasanya ada. Kalau mesin basuh jenis LG turbo dram macam my mom punya... Kat situ ada tanda Speedy Soak.

Soak atau speedy soak

***********************
Pernah tak mommy membasuh kain guna mesin automatik, kain bau hapak walau dah letak sabun dan softlan. Tetap bau tak menyenangkan?

Lagi sakit mata bila ada habuk kerak-kerak hitam melekat kat baju sekali. Haa, mommy jangan tak tahu, tu signal dari mesin basuh yang ianya perlu di basuh. Apa? Ye, mesin basuh pun kena basuh walaupun kerjanya membasuh baju setiap hari.

FUNGSI SOAK/TUB CLEANING kat mesin basuh tu bukan semata-mata hiasan tau. Ada gunanya iaitu untuk buat cleaning tub mesin yang berkerja setiap kali membasuh.

So, mudah je cara nak basuh mesin basuh,

1.Tekan ON
2.Pilih dan tekan program SOAK/TUBE CLEANING , tekan START.
3.Bila mesin dah start isi air hingga tub hampir penuh masukkan CUKA + SODA BIKARBONAT.

**sukatan tu main agak je, suku cawan cuka dan 2-3 sudu soda bikarbonat, kalau tak letak soda pun okei dah sebab cuka sifatnya asid so buang segala bau kepam tu. Tapi kalau letak dua-dua lagi bagus sebab confirm bau macam mesin basuh baru beli.

Lepas tu tutup mesin basuh dan biarkan dia buat kerjanya. Dah siap biasanya akan bunyi macam mesin dah siap basuh kainlah, cuma bila buat sesi SOAK/TUB CLEANING janganlah mommy letak kain pulak.

Tu namanya, basuh kain bukan basuh mesin basuh😅. Nanti cuba buat tau,dan amalkan buat SOAK/TUB CLEANING 2bulan sekali supaya mesin berfungsi seoptimum mungkin.

Kalau lama-lama dibiarkan tak mustahil mesin basuh akan rosak sebab dah terlalu banyak habuk dan kotoran yang terkumpul. Rasa rugi plak tolak mesin basuh yang 8tahun diguna tiba-tiba stop. Ingatkan rosak bila nak servis boleh tahan harganya, beli yang baru, bagi free mesin basuh rosak tu, tak sampai seminggu kedai yang sama, display mesin basuh kita tu yang dah dibaiki, beza RM200 je dengan harga mesin yang baru beli. Aduudu..rugi rasanya.

Sebab selama 8tahun guna tak pernah tahu fungsi SOAK/TUB CLEANING ni, lepas tu baru tahu..hehhe,

Kredit : fb ika hazman 

***********************
Lepas ni... Bolehla every weekend cuci mesin basuh. Terima kasih kerana telah berkongsi info. Ternyata sangat berguna. 😍😍😍