09 July 2019

Masih Adakah Iklan Berstatus 'On Going' Dari Nuffnang Untuk 2019?

Masih Adakah Iklan Berstatus 'On Going' Dari Nuffnang Untuk 2019? | Assalamualaikum, tengah buat apa? Fiza baru lepas lunch. Bila lapang... Idea pulak datang, moh kita update blog terlebih dahulu. Benda baik kena share. Barulah seronok. Kan?

Alhamdulillah... Semoga rezeki kita sama-sama tak putus² hendakNYA. Aamiin...

Iklan Nuffnang 2019

Secara jujurnya, Fiza selalu jugak check akaun Nuffnang. Tujuannya bukan nak tengok earnings je, tapi nak tengok statistik untuk blog dan jugak... Nak tengok apakah keywords paling banyak orang cari.

Tapi, harini Fiza nak share pasal iklan Nuffnang. Adakah iklan dari Nuffnang masih aktif ataupun dah tak wujud.

Berdasarkan pengalaman sendiri. So far, ada je iklan Nuffnang sebenarnya. Bukan nak menunjuk... Tapi, gambar di bawah sebagai bukti... Ternyata untuk bulan Julai ni, ada 5 iklan Nuffnang yang berstatus on going di blog Fiza. Suka Fiza nak ingatkan... Entri ni bukanlah untuk nak menunjuk. Lansung tak terniat...

Cpuv Julai 2019

Tapi, lebih kepada open sharing... Agar geng-geng blogger yang lain tahu tentang info terbaru berkaitan iklan Nuffnang.

Yelah! Tak dinafikan... Sebelum ni pun Fiza pernah buang code iklan Nuffnang dari blog... Apabila melihatkan beberapa bulan takde earnings dari Nuffnang. Entah! starting last year Fiza letak balik iklan, then setup balik apa yang patut. Alhamdulillah... Ternyata masih aktif dan menghasilkan earnings.

Siapa tahu, ada yang buat benda yang sama seperti Fiza. Atleast, bila Fiza share di sini dan ada yang baca... Bolehlah letak balik iklan Nuffnang dalam blog. Kan?

Tips Kenapa Still Dapat Iklan On Going Dari Nuffnang, Apakah Yang Perlu Dilakukan?

Takde apa yang nak dirahsiakan.

Untuk dapat Iklan Nuffnang, apa yang Fiza selalu praktikkan... Adalah :-

Rahsia dapat cpuv nuffnang yang banyak

  1. Pertama, Letakkan iklan Nuffnang di tempat yang sepatutnya.
  2. Kemudian, up to date surveys di dalam akaun Nuffnang sekurang-kurangnya sebulan sekali atau dua kali dalam sebulan. So, dari situ pihak Nuffnang boleh tahu sama ada blog kita masih kekal aktif atau sebaliknya. 

Tu je yang Fiza lakukan untuk terus kekal memperolehi iklan dari Nuffnang.

Diharap apa yang Fiza share, akan dapat membantu rakan-rakan yang lain. Biar kita sama-sama merasai income daripada berblog. In Shaa Allah...

Wallahualam...


15 comments:

  1. Try buka website nuffnang tapi tak boleh. kenapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. O yeke.Fiza bukak ok je. Cuba sis bukak web guna browser lain selain daripada google chrome. Kekadang tak boleh bukak bila guna google chrome.

      Delete
  2. Dah lama tak check account Nuffnang Naim. Lepas ini kena kemaskini balik. kot2 rm sudah naik. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la Naim, atleast tabungan blog ada. Hehe... Sikit² lama² jadi bukit. Tak gitu?

      Delete
  3. Owh masih ada ya nuffnang...blog lama sy agak tinggi trafiknya tpi earning tak brgerak sejak tahun lepas....mungkin la sbb sy xbuat survey2 tu huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih aktif Cikgu.

      Lagi bagus trafik tinggi. Try la update cikgu.

      Delete
  4. dulu mula2 blogging pasal nuffnang tapi macam krik krik. masih ada lagi rupanya. best la kalau ada earning kan

    followed here #139

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah lamak jugak krik².

      Tapi still ada iklan. Try la Aiman. Hehe...

      Delete
    2. Terima kasih sudi singgah dan follow blog Fiza. Selamat berkenalan.

      Delete
  5. lamak dah x dpt iklan nuffnang.. xtauk la google adsense pun ada x gik iklan di blog kmk. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ya. Coba jak kitak update survey nya. Ni tauk ada rezeki nak o...

      Delete
  6. Tah siney nuffnang kamek, kenek tok adsense je nok ada. Mun mood rajin, klk2 nanga setting balit 😁😁

    ReplyDelete
  7. Macam menarik, thanks for sharing 😄

    ReplyDelete
  8. salam, kalau nk belajar pasal nuffnang dgn sis boleh?sy ad buat dri thn 2016,dan lps tu dh tak update, sbb x brpa pndai. mnta pertlgn

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah, nanti sis buat satu entri mengenainya ye...

      Delete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com