Atas Satu Janji | Assalamualaikum, hai. Seperti kebiasaan... Bila ada peluang Fiza akan update sedikit info berkenaan drama di TV. Maybe bagi yang nak menonton, atleast ia memberi sedikit gambaran scene yang terdapat dalam sesuatu drama.

Telefilem Atas Satu Janji
Sumber dari Myinfotaip

Sinopsis telefilem atas satu janji

Untuk Cerekarama Sabtu ni yang berjudul atas satu janji, ia mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Amar yang terpaksa berkahwin dengan Maria, gadis pilihan ibubapanya. Dia berbuat demikian demi anaknya, Ara. Namun, Ara sebenarnya tidak bersetuju kerana tidak mahu berkongsi kasih sayang. Adakah Ara menerima Maria akhirnya sebagai ibu tirinya? Atau Amar terpaksa bercerai dengan Maria?

******************************************
Based on sedutan di TV, Fiza tengok Amar macam sakit dan Ara dapat terima Maria dalam hidupnya. Bagaimana itu terjadi... Itulah yang menjadi tanda tanya. Apakah Janji Ara atau Maria dengan Amar. Atau Adakah ibu Ara pernah berjanji dengan Maria.

Nak tahu, kenalah menonton Sabtu ni jam 10 malam... Semestinya di tv3. Drama arahan Feroz Kader ini membariskan para pelakon seperti Amar Baharin, Sasqia Dahuri, Risteena Munim dan Putri Luvvna Wilma.

Macam best kan?. In Shaa Allah, kalau ada masa bolehlah menonton nanti. Lama dah tak tengok Risteena Munim berlakon. Kekadang, terlepas jugak Fiza nak menonton. Selalu tidur awal. Haha...

Jangan lupa tau, save the date.