01 August 2019

Makan Cakoi Semasa Pantang!

Makan Cakoi Semasa Pantang! | Assalamualaikum, selamat pagi… Korang tengah buat apa? Seminggu Fiza tak update blog ye… Baru harini ada kesempatan untuk menaip kembali. Sementara menunggu anak balik dari KAFA, Fiza nak share satu benda.

Kebiasaaan… Kalau rasa tak tahu nak update apa, First benda yang Fiza akan check adalah statistik blog… Lagi-lagi bahagian keywords. Semalam Fiza tengok ada carian terbaru daripada pengguna. Makan cakoi masa pantang! Ahhaa… Mungkin orang yang carik ni nak tau review daripada orang yang pernah makan cakoi masa pantang, ada kesan ke tak. Tak pun nak tahu boleh ke tak makan cakoi semasa dalam berpantang? Kan?


Boleh Ke Makan Kuih Cakoi Semasa Dalam Pantang?

Menurut pendapat Fiza la kan, ia bergantung kepada penerimaan badan kita. If masa makan dan selepas makan takde apa-apa… Maknanya bolehla tu. Namun, kena beringat. Makan pun biarlah besederhana dan tidak keterlaluan. Yelah! Dalam Islam pun mengajar kita untuk besederhana. Bila berlebihan, pastinya akan mendatangkan kemudaratan. Wallahu’alam…

Tapi, berdasarkan pengalaman sendiri… Memang Fiza tak makan makanan yang bergoreng menggunakan minyak yang banyak. Entah! Dah terbiasa kot dengan pantang larang yang mak buat. That why tak kisah pun kalau tak makan kuih. Lagipun berpantang demi kesihatan. Kenalah bersabar right. Tak lama mana pun… 44 Hari je. Ekekeke…

Namun, suka Fiza nak ingatkan… Lain orang, lain caranya. Lain orang, lain pandangannya. So, tak perlu nak ikut orang. If rasa ragu-ragu atau ada sebarang pertanyaan… Why not, masa checkup baby… Try la tanya doktor atau nurse yang bertugas. In Shaa Allah, dorang akan respond.

That It’s, simple update dari Fiza untuk hari pertama bulan Ogos. If ada yang lepas bersalin, pernah makan cakoi. Bolehlah memberi komen di sini ye. At least, ada jugak pendapat dari orang yang pernah makan cakoi dalam masa berpantang. Kan?

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com