Makan Lempeng Dalam Pantang?

Makan Lempeng Dalam Pantang? | Assalamualaikum... Alhamdulillah, di atas peluang dan ruang yang ada untuk Fiza terus menulis dan menulis. Entri kedua untuk harini. Makan lempeng dalam pantang... Salah satu keyword orang cari dalam carian google, yang mana mengarah ke blog Fiza harini... berdasarkan statistik blog terkini.

makan lempeng semasa dalam pantang

Ni mesti mak yang tengah pantang teringin nak makan lempeng kan. Betul tak? Yelah, Fiza sendiri pun kekadang tercari-cari juga menu untuk sarapan pagi ibu berpantang. Setakat lempeng tanpa santan, rasanya takde masalah untuk dimakan.

Boleh ke makan lempeng ketika dalam pantang?

Berdasarkan entri Fiza sebelum ni DI SINI, lempeng merupakan antara kuih yang boleh di makan ketika berpantang asalkan ianya tidak terlalu berminyak ataupun bersantan. Macam Fiza, waima... Sedikit pun santan yang dimasukkan ke dalam makanan masa berpantang... Automatik, perut mesti sakit. tak tau kenapa. Pernah kena masa melahirkan Alia dulu... So, masa lahirkan Ain pulak, terus jadi takut nak makan lauk yang bersantan.

Pendek kata, semuanya bergantung kepada penerimaan anak tekak kita sendiri. If takde sebarang kemudaratan selepas makan, takpelah. On je. Hehe. Walaubagaimana pun, kena beringat... Makan biarlah besederhana... Lagi pulak berpantang adalah proses untuk kita memulihkan kembali tenaga selepas bersalin. Tak maulah, lepas bersalin kita selalu jatuh sakit. Betul tak?

Ok! itu pendapat Fizalah ye...

Resepi Dalam Pantang

Bercakap pasal lempeng, tak sah kalau tak berkongsi resepi. Fiza selalu buat lempeng menggunakan resepi di laman rasa. Memang terbaik. Gebu dan sedap. Tanpa santan pulak tu.

lempeng sedap untuk yang berpantang
Sumber imej dari rasa

Resepi Lempeng Kampung Gebu Dan Sedap Untuk Berpantang

Bahan-Bahannya :

  1. 3 senduk tepung gandum
  2. 1 biji telur
  3. 1 sudu kecil mauripan
  4. 2-3 sudu gula
  5. sedikit garam
  6. 2-3 cawan air (adunan tak cair dan tak pekat)

Cara Memasaknya :

  1. Satukan semua bahan dan adun hingga sebati. Biarkan adunan selama lebih kurang 1 jam.
  2. Panaskan kuali dan oles sedikit minyak. Tuang satu senduk adunan lempeng dan masak seperti biasa.
  3. Angkat dan sedia untuk dimakan. 

Resepi Lempeng Tanpa Telur Dan Yis Mauripan, Tetap Sedap

Selain itu, kalau korang masih rasa takut nak makan telur. Takpe, Fiza nak share jugak cara bagaimana nak masak lempeng tanpa telur dan yis mauripan. Kiranya ni versi lempeng kosong untuk ibu-ibu yang berpantang. Hanya berasaskan tepung gandum semata-mata dan diperasakan dengan garam dan gula sahaja.

Bahan-bahan:
4 cawan tepung
4 cawan air
8 sudu besar minyak
3 sudu teh gula
1-2 sudu teh garam

Cara-cara:
  1. Blend semua bahan-bahan dalam blender sampai sebati.
  2. Panaskan pan, tuang sedikit adunan . Tak letak planta atau minyak atas pan pun takpe, sebab adunan tu dah ada minyak.
  3. Masak bahagian bawah je, tak payah terbalikkan. 
  4. Lepas angkat tunggu sejuk sikit baru lipat.
Sangat mudah. betul tak?

Pada Fiza la kan. Lempeng kosong pun sedap sebenarnya. Betul tak? Biasanya, Fiza suka makan lempeng ni dengan susu pekat. Fuh! Sedap. Lama haihh tak buat lempeng. Bila tengok keywords ni... Tetiba terasa ingin membuatnya. Ekeekee...


#MenuSarapanKetikaBerpantang
#ResepiLempengIbuBerpantang
#ResepiLempangTanpaTelur
#ResepiLempengTanpaYis



Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. sedap tu lempeng tu.. tapi kalau kat tempat kami, mana-mana resepi lempeng yang buh yis ni, kami panggil apam lenggang, yang mana lempeng tu kami panggil tempek atau peknga... hahaha... yg pasti sedap di nikmati ketika cuaca sejuk hujan2 mcm skrg ini

    BalasPadam

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com